• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Maybank Kill Switch kini boleh digunakan sekat kad kredit dan kad caj dari disalahguna

  • OLEH Najib
  • 5:26 pm
  • 11/04/2023
  • Komen
Maybank Kill Switch kini boleh digunakan sekat kad  kredit dan kad caj dari disalahguna
Share on FacebookShare on Twitter

Maybank telah memperkenal fungsi ‘Kill Switch’ awal tahun ini. Jika merasakan ada penerobohan atau ditipu, pengguna Maybank boleh mengaktifkan Kill Switch dan mengunci sepenuhnya akses akaun Maybank mereka supaya tiada sebarang transaksi dilakukan.

Maybank kini mengumumkan bahawa mereka telah menaik taraf ciri ‘Kill Switch’. Ia kini boleh digunakan untuk membekukan kad kredit atau kad caj Maybank. Dengan mengaktifkan ‘Kill Switch’ pada kad kredit atau kad caj, pengguna boleh menyekat penggunaan kad kredit dan kad caj mereka buat sementara waktu jika mereka mengesyaki kad mereka telah terjejas.



Tambahan keselamatan baharu ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan Maybank untuk meningkatkan lagi keselamatan perbankan dalam talian dan komitmen yang tinggi untuk memerangi penipuan dalam talian dengan memberi kuasa kepada pelanggan untuk mengawal secara langsung kad kredit dan kad caj mereka serta memastikan dana mereka selamat dan dilindungi.

Ciri baharu ini boleh diaktifkan melalui web Maybank2u atau aplikasi MAE. Setelah diaktifkan, semua transaksi keluar pada kad kredit dan caj yang disekat tidak akan diproses. Atas sebab keselamatan, setelah disekat, pelanggan hanya boleh mengaktifkan semula kad mereka dengan mengesahkan diri mereka di cawangan terdekat atau melalui Khidmat Pelanggan Kumpulan Maybank di 1300 88 6688. Ini juga akan menghalang penipu atau mana-mana pihak yang tidak dibenarkan daripada terus mengakses kad mereka.



Selain ‘Kill Switch’, Maybank baru-baru ini telah mewajibkan Secure2u sebagai satu-satunya kaedah untuk membenarkan transaksi dalam talian (FPX) bagi semua jumlah mulai 5 April 2023. Tiada lagi SMS TAC digunakan. Untuk maklumat lanjut tentang alat tambah Kill Switch baharu, sila layari maybank.my/Kill-Switch.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching awal bulan ini menyatakan bahawa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengarahkan semua syarikat telekomunikasi (telco) untuk melarang sebarang kandungan pautan URL dalam SMS. Ini kerana terlalu banyak penipuan dilakukan menerusi pautan URL di SMS.

Jika anda sedar atau merasakan bahawa anda telah jadi mangsa scam, laporkannya pada Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) secepat mungkin dengan mendail 997 supaya wang anda dapat diselamatkan.

Bacaan Berkaitan

  • SKMM arah telco larang sebarang pautan URL dalam SMS, elak pengguna jadi mangsa scam
  • Ditipu scammer? Dail 997 NSRC segera supaya wang keluar boleh disekat
  • Maybank2u anda diceroboh atau meragukan, tekan ‘Kill Switch’ untuk sekat semua akses
Tags: MaybankMaybank Kill Switch
Najib

Najib

POPULAR

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

27 January 2026
Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

6 February 2026
Maybank Kill Switch kini boleh digunakan sekat kad  kredit dan kad caj dari disalahguna

Maybank Kill Switch kini boleh digunakan sekat kad kredit dan kad caj dari disalahguna

11 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
RedMagic 11 Air rasmi di Malaysia dengan Snapdragon 8 Elite & bateri 7,000mAh, dari RM2,499

RedMagic 11 Air rasmi di Malaysia dengan Snapdragon 8 Elite & bateri 7,000mAh, dari RM2,499

30 January 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER