• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Maybank2u anda diceroboh atau meragukan, tekan ‘Kill Switch’ untuk sekat semua akses

  • OLEH Najib
  • 8:29 pm
  • 30/01/2023
  • Komen
Maybank2u anda diceroboh atau meragukan, tekan ‘Kill Switch’ untuk sekat semua akses
Share on FacebookShare on Twitter

Untuk meningkatkan lagi keselamatan perbankan atas talian, Maybank baru-baru ini telah memperkenalkan fungsi ‘Kill Switch‘. Ia boleh diakses menerusi laman web Maybank2u dan aplikasi MAE.

Fungsi ini membolehkan pelanggan menyekat sepenuhnya akses Maybank2u dengan pantas, melalui satu butang sahaja di peranti. Ia boleh digunakan jika pengguna merasakan berlakunya transaksi yang meragukan atau ada yang pelik pada akaun Maybank mereka. Malah, sekatan mudah dan cepat ini boleh dilaksanakan jika pengguna percaya mereka telah ditipu.



Apabila Kill Switch diaktifkan, pengguna akan didaftar keluar secara automatik daripada semua sesi atas talian, sama ada di aplikasi MAE dan Maybank2u atau di laman web Maybank2u. Atas dasar keselamatan juga, sepanjang pengaktifan ini berlaku, pengguna tidak akan dapat mendaftar masuk semula ke Maybank2u seperti biasa. Sebaliknya ia hanya boleh dibuat selepas pengesahan berjaya dibuat di cawangan Maybank, atau menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan Maybank (MGCC) di talian 1300 88 8866.

Selepas pengesahan dibuat, pengguna boleh mendaftar masuk semula menggunakan ID pengguna dan kata laluan yang serupa. Tetapi pengguna digalakkan untuk terus menukar kata laluan sejurus itu sebagai langkah keselamatan.



Semasa Kill Switch aktif, sebarang transaksi automatik yang telah ditetapkan, serta senarai kenalan tidak akan berubah. Jadi pengguna tidak perlu risau jika ada bil yang yang telah dibuat tetapan bayaran automatik di Maybank2u selepas itu.

Malah, pengeluaran wang tunai di ATM melalui kad debit dan kredit Maybank juga boleh diteruskan seperti biasa. Cuma pengeluaran tunai tanpa kad dan tanpa sentuh tidak boleh dibuat, kerana ia memerlukan daftar masuk ke Maybank2u.

Cara mengaktifkan Kill Switch di laman web Maybank2u

  • Langkah 1: Log masuk ke www.maybank2u.com.my
  • Langkah 2: Pergi ke ‘SETTINGS’
  • Langkah 3: Klik ‘SECURITY’ dan pilih ‘Kill Switch’
  • Langkah 4: Di bawah ‘Deactivate M2U Access’, klik ‘DEACTIVATE’
  • Langkah 5: Baca terma dan klik ‘PROCEED’
  • Langkah 6: Klik ‘CONFIRM’ untuk teruskan

Cara mengaktifkan Kill Switch di aplikasi MAE

  • Langkah 1: Buka aplikasi MAE dan tekan ‘More’
  • Langkah 2: Tekan ‘Kill Switch’
  • Langkah 3: Pilih ‘Deactivate M2U Access’
  • Langkah 4: Baca terma dan tekan ‘Deactivate Now’
  • Langkah 5: Tekan ‘Confirm’ untuk teruskan

Untuk maklumat lanjut tentang ciri baharu “Kill Switch”, sila layari maybank.my/Kill-Switch. Pengguna juga digalakkan untuk sentiasa ambil tahu tentang cara melindungi diri daripada penipuan, antaranya merujuk laman web Security Awareness Maybank.

Selain itu, jika anda merasakan bahawa diri anda telah ditipu, segera hubungi talian hotline Penipuan 24 jam Maybank di 03-5891 4744; atau Pusat Respon Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997 (8 pagi-8 malam setiap hari).

Bacaan Berkaitan

  • ‘Lock Clicks ID’ ciri penting untuk pengguna CIMB sekat akses akaun jika ada transaksi meragukan
  • Maybank berhenti guna SMS TAC, Secure2u dinaik taraf lebih ketat
  • Cara keluarkan tunai di ATM guna APP MAE
  • Ditipu scammer? Dail 997 NSRC segera supaya wang keluar boleh disekat
  • NSRC berjaya selamatkan RM1.4 juta wang mangsa scammer tahun lepas
Tags: MaybankMaybank Kill SwitchMaybank2u
Najib

Najib

POPULAR

Maybank2u anda diceroboh atau meragukan, tekan ‘Kill Switch’ untuk sekat semua akses

Maybank2u anda diceroboh atau meragukan, tekan ‘Kill Switch’ untuk sekat semua akses

30 January 2023
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

7 July 2025
iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

3 July 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Siri Oppo Reno 14 kini rasmi dengan Dimensity 8450, bateri 6,200mAh, harga dari RM1,399

Siri Oppo Reno 14 kini rasmi dengan Dimensity 8450, bateri 6,200mAh, harga dari RM1,399

1 July 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER