Youtube Premium bawakan 5 perkara baru yang saya lihat sangat berguna untuk penggemar Youtube. Antaranya pengguna boleh sambung tonton video dengan mudah menggunakan peranti berbeza dan kualiti video dipertingkatkan. Semua ciri baru ini menjadikan Youtube Premium berbaloi untuk dilanggan.
1. Susun video yang ingin ditonton dalam telefon & tablet
Pelanggan Youtube Premium sudah lama dapat akses ciri susun video yang ingin ditonton, melalui TV dan web. Kini, pelanggan berpeluang sediakan susunan video yang ingin ditonton menggunakan telefon dan tablet pula. Dengan ciri ini, anda boleh putuskan dengan tepat video yang ingin anda tonton seterusnya, jadi tidaklah membuang masa untuk taip dan cari video dari semasa ke semasa.
2. Sambung tonton video yang sama di peranti berbeza
Anda pernah lalui situasi perlu sambung tonton video Youtube di peranti berbeza, contohnya sebab peranti utama kehabisan bateri? Dengan Youtube Premium, anda boleh lakukannya dengan mudah.
Tersedia di peranti Android, iOS dan Web, pengguna Premium boleh sambung tonton video YouTube di mana sahaja mereka berhenti menggunakan peranti berbeza. Dengan ciri ini, anda tak perlu cari semula video tersebut di bahagian carian atau jejak masa tertentu pada video, sebab ia ada sediakan tab Continue Watching untuk anda sambung mainkan semula video yang anda tonton tadi.
3. Tonton YouTube bersama-sama guna Google Meet
Dengan Meet Live Sharing di peranti Android, pelanggan Youtube Premium boleh jadi hos sesi Google Meet. Manakala peserta, tidak kira sama ada mereka pengguna Premium atau tidak, boleh tonton video YouTube bersama-sama. Dalam beberapa minggu akan datang, Youtube juga akan lancarkan ciri ini untuk pengguna FaceTime di iOS melalui SharePlay.
4. Automatik muat turun video yang disyorkan
Melalui Youtube Premium, anda kini boleh tonton video pilihan tanpa perlukan Internet. Dengan ciri Smart Downlods, Youtube secara automatik akan tambah video yang disyorkan terus ke pustaka anda semasa peranti disambungkan ke Wi-Fi. Anda seterusnya boleh tonton video tersebut semasa tiada Internet.
5. Tingkatkan kualiti video pada iOS
Untuk memberikan pengalaman menonton video dengan kualiti yang lebih tinggi pada pengguna Youtube Premium, Youtube akan lancarkan peningkatan versi 1080p HD bermula pada peranti iOS dalam beberapa minggu akan datang. Percubaan untuk versi Web akan dijalankan tidak lama lagi. Walaupun semua pengguna mempunyai akses kepada 1080p, tapi tetapan kualiti 1080p yang dipertingkat ini akan memaparkan video yang lebih jelas, terutamanya untuk video yang ada banyak perincian dan gerakan.
Antara kelima-lima ciri baru ini, saya paling suka ciri Continue Watching sebab pengguna boleh sambung tonton video di peranti lain, tanpa perlu susah mencari tempoh masa video diberhentikan sebelum itu. Jika anda berminat dengan ciri-ciri baru yang disediakan ini, anda bolehlah langgan YouTube Preimum sekarang dengan harga RM17.90 sebulan. Atau langgan pelan Family hanya RM26.90 dan kongsi bersama 5 ahli keluarga lain.
[Sumber: AndroidPolice, Youtube, TheVerge]
[Sumber gambar: Howtogeek]