• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Selepas Oppo & OnePlus, Vivo pula bakal hentikan jualan di Jerman

  • OLEH Fatin Amanina
  • 2:35 pm
  • 13/04/2023
  • Komen
Siri Vivo X90: Telefon Dimensity termahal Malaysia, diperkasa cip khas Vivo V2
Share on FacebookShare on Twitter

Tahun lepas, Oppo dan OnePlus terpaksa menghentikan semua jualan di Jerman kerana didapati telah gunakan teknologi 5G dalam telefon pintarnya tanpa membayar paten pada Nokia. Kini, Vivo pula hadapi isu hampir serupa berkaitan paten dengan Nokia.

Vivo dan Nokia mempunyai perjanjian paten sehingga 2021, tetapi lesen itu tidak diperbaharui. Minggu ini, Mahkamah Daerah Mannheim di Jerman memutuskan bahawa rundingan mengenai yuran pelesenan Vivo telah gagal dan Vivo akan dipaksa untuk menghentikan penjualan telefon pintar di Jerman jika ia menggunakan teknologi yang dipatenkan Nokia.



Rundingan kedua-dua syarikat ini gagal sebab Vivo mengatakan bahawa Nokia tidak menawarkan lesen yang boleh dianggap adil, munasabah dan tidak diskriminasi. Jadi sehingga kini, rundingan perbaharui lesen belum mencapai persetujuan.

Dalam masa yang sama, melalui siaran akhbar ringkas, Vivo mengesahkan bahawa mereka bersedia untuk hentikan penjualan telefonnya di Jerman jika perlu. Syarikat itu juga rancang untuk merayu dan menyemak pilihan lain. Setakat ini, tiada larangan penggunaan telefon Vivo di Jerman, tapi jika rayuan Vivo gagal, maka mereka akan hadapi larangan jualan.



[Sumber: 9TO5Google]

Tags: Nokiavivo
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Siri Vivo X90: Telefon Dimensity termahal Malaysia, diperkasa cip khas Vivo V2

Selepas Oppo & OnePlus, Vivo pula bakal hentikan jualan di Jerman

13 April 2023
Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

11 November 2026
Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

10 November 2026
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Acer POSWARE diperkenal di Malaysia, tawar sistem POS dan paparan dapur dari RM4,999

Acer POSWARE diperkenal di Malaysia, tawar sistem POS dan paparan dapur dari RM4,999

12 November 2026
Huawei Nova 16s dan Nova 16s Pro bakal dilancar di Malaysia 19 November

Huawei Nova 16s dan Nova 16s Pro bakal dilancar di Malaysia 19 November

14 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN