• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Sentuh kad di peranti mudah alih, PPZ-MAIWP dan Fasstap lancar pembayaran zakat pertama seumpamanya di dunia

  • OLEH Najib
  • 1:36 pm
  • 17/04/2023
  • Komen
Sentuh kad di peranti mudah alih, PPZ-MAIWP dan Fasstap lancar pembayaran zakat pertama seumpamanya di dunia
Share on FacebookShare on Twitter

Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) telah telah melancarkan ujian rintis pungutan zakat fitrah menerusi sistem Fasstap, sebuah sistem pusat jualan berasaskan perisian (Software-based Point of Sale, SoftPOS). Ia dijayakan dengan kerjasama Fass Payment Solutions Sdn. Bhd. (Fasspay).

Dengan Fasspay, orang ramai boleh membuat bayaran zakat menggunakan teknologi ‘sentuh pada telefon’, yang dilakukan menerusi peranti Android yang dilengkapi ciri NFC. Sistem ini menerima bayaran menerusi kad ATM MyDebit, yang dikuasakan oleh Paynet.



Fasspay juga akan membangunkan ekosistem yang lebih mesra zakat bagi membolehkan butiran penting pembayar zakat, direkodkan sepenuhnya sebelum resit rasmi zakat dicetak secara digital dan seterusnya dihantar menerusi emel, bagi tujuan rekod dan pengecualian cukai.

Buat permulaan, ujian rintis ini akan dilaksanakan di tiga lokasi terpilih iaitu:



  1. Ibu Pejabat PPZ-MAIWP, Taman Shamelin
  2. Masjid Al-Syakirin KLCC
  3. Jalan Masjid India

Menurut PPZ-MAIWP, lokasi ini dipilih atas faktor bilangan pengunjung celik teknologi yang mencari kemudahan lain dalam menyempurnakan pembayaran zakat.

Lanjutan daripada ujian rintis ini, PPZ-MAIWP menjangkakan pelancaran Fasstap versi penuh merangkumi lebih banyak jenis pembayaran seperti pembayaran zakat harta, zakat pendapatan, zakat emas, zakat simpanan dan lain-lain.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Abdul Hakim Amir Osman, “Ujian rintis ini adalah satu pencapaian yang membanggakan bagi kami selaku antara institusi zakat bawah kerajaan pertama di dunia yang membolehkan penerimaan bayaran menggunakan kad secara ‘Tap on Phone’ menerusi Fasstap. Mereka yang ingin membayar zakat boleh melaksanakannya dengan kad ATM MyDebit, yang dikuasakan oleh PayNet.”

“Sejajar dengan perkembangan masyarakat masa kini yang memilih penyelesaian tanpa tunai dalam pekerjaan harian, kami yakin sistem ini akan menawarkan pilihan yang lebih bermanfaat khususnya bagi keluarga yang mempunyai tanggungan yang ramai di samping menggalakkan generasi muda tanpa tunai untuk menyempurnakan kewajipan sebagai umat Islam, Insya-Allah”. Sepanjang Ramadan tahun ini, PPZ-MAIWP mensasarkan pungutan zakat fitrah berjumlah RM13.8 juta.

Johan Zep Md Yusof (kiri) dan Tuan Haji Abdul Hakim Amir Osman (kanan)

“Alhamdulillah, kami berasa bersyukur dan berbesar hati dapat mempelopori ujian rintis ini bersama PPZ-MAIWP. Ujian rintis ini dilaksanakan supaya kami dapat mendalami keperluan khusus PPZ-MAIWP sekaligus dapat menerokai fungsi Fasstap untuk pengalaman membayar zakat yang lancar, mudah dan selamat. Usahasama ini sejajar dengan aspirasi strategik kami iaitu menyokong seruan kerajaan untuk memacu transformasi Malaysia kepada masyarakat tanpa tunai,” kata Johan Zep Md Yusof, Ketua Jabatan Pembangunan Perniagaan Sektor Kerajaan dan Awam, Fasspay.

Bacaan Berkaitan

  • Zakat Fitrah 2023: Himpunan saluran pembayaran dalam talian untuk semua negeri
  • Ikhlas lancar Zakat di Langit, beri kemudahan penumpang AirAsia bayar zakat di dalam kapal terbang
  • Koleksi iklan Raya 2023: Pelbagai idea baru dicuba
  • Raya Aidilfitri 21 April? Ini cara Malaysia tentukannya
Tags: FasstapPPZ-MAIWPzakat
Najib

Najib

POPULAR

Sentuh kad di peranti mudah alih, PPZ-MAIWP dan Fasstap lancar pembayaran zakat pertama seumpamanya di dunia

Sentuh kad di peranti mudah alih, PPZ-MAIWP dan Fasstap lancar pembayaran zakat pertama seumpamanya di dunia

17 April 2023
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

1 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN