• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

JomCharge sertai promosi pengecas EV percuma di Lebuhraya sempena Hari Raya

  • OLEH Najib
  • 10:21 am
  • 20/04/2023
  • Komen
JomCharge sertai promosi pengecas EV percuma di Lebuhraya sempena Hari Raya
Share on FacebookShare on Twitter

Pemilik kenderaan elektrik (EV) sangat bertuah di waktu Hari Raya kerana banyak stesen pengecasan EV memberi perkhidmatan mengecas EV secara percuma. Selepas pengumuman oleh Shell Recharge dan TNB Electron, kini JomCharge pula menyatakan hasrat mereka untuk menyertai kemeriahan ini.

Tawaran pengecasan EV percuma oleh JomCharge ini diberikan selama 4 hari, dari 21 hingga 24 April 2023. Ia terdapat 12 stesen pengecas EV JomCharge di sepanjang lebuhraya PLUS, terletak di stesen Caltex, BHP dan Petronas di R&R terpilih.



Lokasi tersebut adalah:

  1. Caltex Ayer Keroh (Arah Utara)
  2. Caltex Ayer Keroh (Arah Selatan)
  3. Caltex Bukit Gantang (Arah Utara)
  4. Caltex Bukit Gantang (Arah Selatan)
  5. Caltex R&R Skudai (Arah Selatan)
  6. BHP R&R Skudai
  7. Mini Cooper R&R Skudai (Arah Selatan)
  8. Petronas Juru Layby (Arah Utara)
  9. Petronas R&R Gunung Semanggol (Arah Selatan)
  10. Petronas Gambang (Arah Timur)
  11. Petronas Pedas Linggi Layby (Arah Utara)
  12. Petronas Gambang (Arah Barat)

Stesen pengecas EV ini boleh diaktifkan menerusi aplikasi JomCharge (Google PlayStore, Apple AppStore).



Untuk memastikan semua orang dapat menggunakan perkhidmatan ini dengan lancar, pastikan anda sentiasa bersedia untuk mengalihkan kenderaan selepas habis mengecas. Elakkan juga mengecas penuh sehingga 100% kerana kadar pengecasan akan berkurangan dengan ketara di antara 80% ke 100%. Ingatlah orang lain yang mahu pulang ke kampung juga kerana anda juga pasti tidak mahu tersangkut di lebuhraya akibat beratur untuk mengecas EV anda.

Jangan lupa, selain pengecasan percuma JomCharge, terdapat juga tawaran lain di musim Hari Raya ini disediakan oleh TNB Electron dan Shell Recharge. Semak terma dan syarat mereka serta paling penting, tarikh tawaran percuma diberikan.

[Sumber: SoyaCincau]

Bacaan Berkaitan

  • TNB Electron umum pengecasan EV percuma selama 4 hari sepanjang cuti Hari Raya
  • Shell Recharge tawar pengecasan EV “percuma” selama 15 hari di lebuhraya PLUS sempena Hari Raya
  • Raya 2023: PM umum Tol Rahmah percuma 4 hari dan cuti kelepasan tambahan basmi raya terkejut
Tags: EVEV MalaysiaHari RayaJomCharge
Najib

Najib

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
JomCharge sertai promosi pengecas EV percuma di Lebuhraya sempena Hari Raya

JomCharge sertai promosi pengecas EV percuma di Lebuhraya sempena Hari Raya

20 April 2023
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026
Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

16 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN