• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Seagate dikenakan penalti USD 300 juta kerana menjual storan kepada Huawei

  • OLEH Putra Aziz
  • 8:42 pm
  • 20/04/2023
  • Komen
Seagate dikenakan penalti USD 300 juta kerana menjual storan kepada Huawei
Share on FacebookShare on Twitter

Seagate Technology Holdings, salah satu syarikat pengeluar pemacu cakera keras terbesar di dunia telah didenda sebanyak USD 300 juta oleh Biro Industri dan Keselamatan Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat (A.S). Seagate didapati melanggar undang-undang kawalan eksport A.S kerana menghantar sejumlah pemacu keras bernilai lebih USD 1.1billion kepada Huawei.

Untuk maklumat anda, sejak 2019, Huawei telah diletakkan di dalam Senarai Entiti, iaitu senarai hitam perdagangan A.S bagi mengurangkan penjualan dan penghantaran barangan A.S kepada syarikat China tersebut atas dasar keselamatan negara dan kebimbangan dasar luar. Bagaimanapun, Seagate didapati menjual sebanyak 7.4 juta pemacu keras kepada Huawei antara Ogos 2020 dan September 2021.



Seagate terus menghantar dan menjadi pembekal tunggal pemacu keras kepada Huawei, tidak seperti dua pesaingnya (berkemungkinan Western Digital dan Toshiba) yang menghentikan penghantaran serta-merta apabila peraturan itu berkuatkuasa pada Ogos 2020. Tapi, Seagate nampaknya merasakan mereka tidak membuat sebarang kesalahan kerana pemacu keras mereka dihasilkan di luar A.S, iaitu di China, Ireland Utara, Malaysia, Singapura dan Thailand.

Walau bagaimanapun, kerajaan A.S membalas dengan menyatakan penilaian produk bukan hanya pada peringkat akhir proses pembuatan, ia meliputi keseluruhan proses termasuk peralatan yang dipakai dan peralatan ujian.



Selain daripada didenda USD 300 juta, Seagate perlu patuh keperluan audit berbilang tahun mandatori dan lima tahun penggantungan perintah penafian. Penalti berjumlah USD 300 juta perlu dibayar secara ansuran sebanyak USD 15 juta setiap suku dalam tempoh lima tahun, dengan bayaran pertama perlu dibayar pada bulan Oktober.

[Sumber: Reuters]

Tags: amerika syarikatHuaweiSeagate
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Seagate dikenakan penalti USD 300 juta kerana menjual storan kepada Huawei

Seagate dikenakan penalti USD 300 juta kerana menjual storan kepada Huawei

20 April 2023
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

4 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN