• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Whatsapp sedang bangunkan ciri yang boleh jadikan perbualan lebih ceria dan menarik

  • OLEH Putra Aziz
  • 2:58 pm
  • 20/04/2023
  • Komen
WhatsApp sedang menyediakan sokongan panggilan audio dan video di komputer
Share on FacebookShare on Twitter

Pengguna WhatsApp mungkin akan terima ciri yang boleh menceriakan lagi perbualan. WhatsApp dilaporkan sedang dalam usaha untuk membangunkan ciri emoji animasi, setelah ciri ini dinampakkan di dalam versi beta aplikasi WhatsApp Desktop.

Penggunaan emoji animasi tersebut dikatakan akan dihantar secara automatik berbanding emoji statik asal, jika versi animasi emoji itu tersedia. Masih tidak diketahui sama ada pengguna ada fleksibiliti untuk mematikan ciri itu atau tidak. Jika tidak, ia mungkin menjadi satu gangguan kerana sesetengah pengguna mungkin lebih suka aplikasi pemesejan yang ringkas tanpa animasi.



Emoji animasi ini dihasilkan menggunakan Lottie, sebuah perpustakaan emoji animasi yang membolehkan pereka menghasilkan animasi dengan mudah sambil mengekalkan fail saiz yang kecil. Emoji juga boleh diskala semula tanpa menghilangkan kualiti imej.

Buat masa sekarang, ciri ini sedang dibangunkan dan akan di keluarkan di kemas kini beta WhatsApp Desktop pada masa akan datang. Tapi, ia juga dilaporkan akan datang pada versi beta WhatsApp untuk iOS dan Android.



Walaupun emoji animasi bukan perkara baru bagi aplikasi pemesejan seperti Telegram dan iMessage, ia satu tambahan menarik untuk WhatsApp bagi menjadikan perbualan lebih hidup dan seronok.

[Sumber: WABetaInfo]

Tags: whatsappwhatsapp betaWhatsApp Desktop
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
WhatsApp sedang menyediakan sokongan panggilan audio dan video di komputer

Whatsapp sedang bangunkan ciri yang boleh jadikan perbualan lebih ceria dan menarik

20 April 2023
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER