• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Feature

5 TV Pintar 4K UHD terbaik bawah RM2000 di Malaysia

  • OLEH Fatin Amanina
  • 6:52 pm
  • 25/04/2023
  • Komen
5 TV Pintar 4K UHD terbaik bawah RM2000 di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Paparan TV 4K dapat berikan kualiti imej yang lagi baik dengan perincian lagi tajam. Kita dapat rasa seperti tengok benda asli, bukan tengok TV. Menarikkan?

Jika anda sedang cari TV 4K UHD mampu milik, berikut senarai 5 TV bawah RM2000 berbaloi untuk didapatkan.



1. Mi TV P1 55″

Mi TV P1 55” boleh didapatkan pada harga serendah RM1499. Jenis paparannya ialah 4K UHD, dengan kadar penyegaran 60hz. Ia ada paparan Dolby Vision dan HDR10+. TV ini miliki gamut warna yang luas untuk paparkan warna terang dan perincian yang jelas. Ada juga peningkatan suara Dolby Audio. TV ini menggunakan sistem operasi Android TV10. Ia datang dengan Google Assistant, jadi bolehlah anda kawal TV dengan suara.

Anda boleh dapatkannya di Lazada atau Shopee.



Sumber

2. Hisense 4K UHD Google TV, 50A6500H

Hisense 4K UHD Google TV, model 50A6500H boleh didapatkan pada harga sekitar RM1649. TV ini datang dengan paparan Ultra HD, HDR10 dan Dolby Vision bersama-sama peningkatan suara Dolby Atmos. Ia juga ada Auto Low Latency Mode yang boleh hidupkan Game Mode secara automatik lalu meminimumkan lag semasa peranti permainan disambungkan. Lagi menarik, apbila TV ini mengesan signal sukan, ia akan hidupkan Sports Mode untuk bagi anda rasa pengalaman seperti berada di stadium.

Anda boleh dapatkannya di Lazada atau Shopee.

Sumber

3. PHILIPS 50″ 4K, 50PUT7406

Pada harga sekitar RM1549, anda boleh dapatkan TV Android PHILIPS 50″ 4K. TV ini menyokong audio dan video Dolby. Ini membolehkan anda boleh tonton dan dengar kandungan HDR dengan sangat baik. Anda juga boleh kawal TV ini dengan suara anda. Kalau nak main permainan, menonton Netflix atau Youtube, anda boleh muat turun perisian melalui gedung Google Play di TV.

Anda boleh dapatkannya di Lazada atau Shopee.

Sumber

4. Toshiba 55″ Smart 4K UHD Google TV E330L

Toshiba Smart 4K UHD Google TV E330L boleh didapatkan pada harga sekitar RM1699. TV ini menggunakan sistem operasi TV VIDAA. Ia menggabungkan Teknologi PQ Ultra Essential dengan panel LCD supaya dapat berikan imej Ultra HD 4K yang jelas dan kualiti gambar yang baik untuk ditonton. TV ini ada sediakan dengan Apple Airplay. Dengannya anda boleh tonton filem, muzik, permainan dan gambar di TV terus daripada iPhone, iPad atau Mac. 

Anda boleh dapatkannya di Lazada atau Shopee.

Sumber

5. Samsung UHD 4k Smart TV, 50AU7000

Samsung UHD 4K Smart TV, 50AU7000 dengan keluasan 43” pada didapatkan pada harga sekitar RM1600. Ia menggunakan sistem operasi Tizen. TV ini menggunakan Crystal Processor 4K, ini memberikan anda pengalaman tonton video dengan warna yang lebih hidup. Dengan TV ini juga, anda boleh akses laptop dan telefon dengan lancar pada skrin TV.

Anda boleh dapatkannya di Lazada atau Shopee.

Sumber

Bacaan Berkaitan

  • 5 fon putik bawah RM200 terbaik di Malaysia tahun 2023
  • 5 tablet terbaik bawah RM2,000 di Malaysia tahun 2023
  • 5 tablet terbaik di Malaysia bawah RM1000 (Tahun 2023)
  • 5 telefon pintar terbaik bawah RM600 di Malaysia (tahun 2023)
  • 5 telefon terbaik bawah RM2,000 di Malaysia tahun 2023
Tags: tv 4k uhd
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

5 TV Pintar 4K UHD terbaik bawah RM2000 di Malaysia

5 TV Pintar 4K UHD terbaik bawah RM2000 di Malaysia

25 April 2023
Tablet gaming Infinix XPAD GT baru akan tiba bersama GT 30 Pro pada 21 Mei

Tablet gaming Infinix XPAD GT baru akan tiba bersama GT 30 Pro pada 21 Mei

19 May 2025
Realme 14T 5G dilancar, telefon 5G mampu milik ada skrin AMOLED 120Hz & bateri 6,000mAh

Realme 14T 5G dilancar, telefon 5G mampu milik ada skrin AMOLED 120Hz & bateri 6,000mAh

16 May 2025
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER