Ini senarai 5 telefon pintar terbaik di bawah RM2,000 boleh anda beli di Malaysia untuk tahun 2023. Dengan bajet ini, pengguna boleh mendapatkan telefon pintar dengan prestasi kelas flagship, kamera berkualiti tinggi dan pelbagai fungsi premium yang terdapat di telefon lebih mahal. Tetapi, ia perlu dipiliha dengan teliti, kerana tidak semua fungsi premium ada di dalam satu-satu model.
Ada yang memiliki kuasa Snapdragon 8 Gen 1, ada juga yang kalis air IP67. Terdapat juga peranti dengan jaminan kemaskini perisian sampai 5 tahun. Malah, ada yang dilengkapi kamera hadapan 50MP dengan autofokus.
Berikut adalah 5 telefon pintar terbaik anda boleh beli di Malaysia di bawah RM2,000 tahun 2023. Selain itu, anda juga boleh semak senarai 5 telefon pintar terbaik kami untuk bajet di bawah RM1,200 di sini dan di bawah RM600 di sini.
1. Poco F4 GT (8+128) RM2,299 [Promo bawah RM2,000]
Untuk Poco F4 GT, harga rasminya dari rm2,299 tapi tiap-tiap bulan Poco ada promosi yang buat harganya di bawah rm2,000. Paling murah saya pernah nampak RM1,699.
Untuk prestasi dan gaming, ini telefon terbaik bawah rm2000 sebab dia ada kuasa snapdragon 8 gen 1, RAM LPDDR5, skrin AMOLED 120hz, 4 speaker stereo dan pengecas pantas 120w. Paling best, dia ada butang bahu fizikal. Tapi bahagian kamera dia letak yang biasa sahaja, buat cukup makan.


Dapatkannya di Lazada atau Shopee.
Bacaan lanjut di sini.
2. Xiaomi 12T (8+256) RM1,999
Xiaomi 12T ni antara pilihan umum yang bagus. Ia ada kuasa Mediatek Dimensity 8100 Ultra, baik sikit daripada 8100 biasa di Realme. Kamera pun menarik, 108MP di belakang dan 20MP di depan. Ada skrin AMOLED 120hz, speaker stereo dan pengecasan pantas 120W. Ditambah lagi dengan jaminan Xiaomi iaitu 3 kali kemaskini Android dan 4 tahun kemaskini keselamatan.


Dapatkannya di Lazada atau Shopee.
Bacaan lanjut di sini.
3. Samsung Galaxy A54 (8+256) RM1,999
Samsung Galaxy A54 baru dilancarkan tahun ini, kini dengan rekaan mirip Galaxy S23 tetapi dengan badan plastik. Prestasinya kelas pertengahan dengan kuasa Exynos 1380, RAM 8GB dan storan 256GB. Kuasa pengecasnya hanya 25W dan tiada kepala pengecas dalam kotak, kena beli berasingan.
Tetapi Galaxy A54 ada kekuatan di bahagian lain yang penting iaitu kalis air dan debu IP67, satu-satunya dalam senarai ini. Samsung juga jamin kemaskini perisian lebih panjang iaitu 5 tahun kemaskini keselamatan dan 4 kali sistem operasi. Seperkara lagi, Samsung juga bagi jaminan waranti selama 2 tahun untuk Galaxy A54. Dalam promosi Samsung katakan, 5+4+2.


Dapatkannya di Lazada atau Shopee.
Bacaan lanjut di sini.
4. Nothing Phone 1 (8+256) RM1,999
Nothing Phone 1 boleh dikatakan telefon Android paling hype tahun lepas. Walaupun harganya tidaklah terlalu murah dan spesifikasi tertinggi, ia adalah sebuah telefon yang menarik dan unik dengan Glyph Interface iaitu lampu led yang boleh lip lap dalam ribuan kombinasi.
Kelebihan utamanya adalah sokongan pengecasan wayarles 15W, tapi pengecas wayar hanya 33W. Kameranya 50MP OIS, ada speaker stereo, skrin pun tak besar sangat 6.55-inci 120hz AMOLED. Ini telefon yang sedap dipegang dan sedap dipandang. Nothing pun janjikan kemaskini android 3 kali dan kemaskini keselamatan 4 tahun.


Dapatkannya di Lazada atau Shopee.
Bacaan lanjut di sini.
5. Vivo V27 (12+256) RM1,999
Vivo V27 juga telefon baru dilancar tahun ini, dikuasakan cip Mediatek Dimensity 7200, skrin AMOLED 120hz dan menyokong pengecasan 66W.
Apa yang menarik di telefon ini adalah kameranya. Kamera belakangnya 50MP OIS, ada lampu lembut dipanggil Aura Portrait yang sangat sesuai untuk mengambil gambar kulit tanpa terlampau cerah. Kamera depan pun hebat, 50MP dan ada autofokus. Pastinya swafoto lebih tajam.


Dapatkannya di Lazada atau Shopee.
Bacaan lanjut di sini.