• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Twitter terima lebih 53,000 permintaan daripada kerajaan untuk buang kandungan pada tahun lepas

  • OLEH Putra Aziz
  • 4:36 pm
  • 26/04/2023
  • Komen
Vivo Y21T akan datang ke Malaysia bersama sistem tri-kamera 50MP
Share on FacebookShare on Twitter

Twitter baru-baru ini telah mengutuskan satu kemaskini terhadap laporan ketelusan untuk separuh pertama tahun 2022 (H1 2022). Di laman blog Twitter, Twitter berkongsikan data bagi tindakan yang telah diambil kepada pengguna yang melanggar peraturan dari 1 Januari hingga 30 Jun 2022. Twitter menyatakan, bagi tempoh ini, mereka tidak akan menerbitkan laporan ketelusan secara rasmi seperti yang dilakukan untuk tahun sebelumnya.

Mengikut data yang dikongsikan di laman blog tersebut, Twitter mengarahkan pengguna untuk memadam sebanyak 6.5 juta kandungan yang didapati melanggar Peraturan Twitter, iaitu peningkatan 29 peratus dari H2 2021. Twitter juga telah mengambil tindakan ke atas 5 juta akaun, iaitu peningkatan 20 peratus dan menggantung 1.6 juta akaun kerana melanggar peraturan Twitter. Penggantungan akaun ini merupakan peningkatan sebanyak 28 peratus.



Berikut adalah tindakan yang diambil oleh Twitter terhadap akaun dan kandungan yang melanggar Peraturan Twitter.

Berdasarkan jadual tersebut, nampaknya polisi yang sering dilanggar oleh pengguna Twitter adalah ‘Media Sensitif’ dengan 2.8 juta tindakan telah diambil. Seterusnya, polisi lain yang sering dilanggar adalah ‘Kelakuan Membenci’ dan ‘Penderaan/Gangguan’ dengan masing-masing menjumlahkan 2.7 juta tindakan diambil.



Selain menerima laporan mengenai pelanggaran polisi, Twitter juga menerima kira-kira 53 ribu permintaan undang-undang daripada kerajaan untuk memadam kandungan. Permintaan paling banyak adalah dari negara Jepun, Korea Selatan, Turki dan India. Bukan itu sahaja, Twitter menerima lebih 16 ribu permintaan maklumat berkaitan data pengguna daripada kerajaan dari lebih 85 buah negara. Negara yang tertinggi dalam meminta maklumat data pengguna adalah India, Amerika Syarikat, Perancis, Jepun dan Jerman.

Dalam pada itu, Twitter mengatakan mereka berhasrat untuk berkongsi lebih lanjut tentang hala tuju laporan ketelusan pada hujung tahun ini, dan akan terus memberi pencerahan tentang usaha Twitter untuk mempromosikan perbualan yang menghiburkan, bermaklumat dan sihat di platform Twitter.

[Sumber: Twitter]

Tags: Twitter
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Vivo Y21T akan datang ke Malaysia bersama sistem tri-kamera 50MP

Twitter terima lebih 53,000 permintaan daripada kerajaan untuk buang kandungan pada tahun lepas

26 April 2023
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

1 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN