• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Hilux 6×6 ini dibangun khas untuk padam kebakaran kereta elektrik

  • OLEH Hanif Azrai
  • 2:42 pm
  • 27/04/2023
  • Komen
Hilux 6×6 ini dibangun khas untuk padam kebakaran kereta elektrik
Share on FacebookShare on Twitter

Sebuah syarikat berpengkalan di UK menayangkan inovasi mereka yang berupa trak pikup yang diubah suai untuk mejadi mesin pemadam api khas untuk kegunaan kebakaran melibatkan kenderaan elektrik.

Propspeed melaporkan yang mereka telah mengubah suai sebuah Toyota Hilux untuk mengangkut kelengkapan-kelengkapan memadam kebakaran yang bersesuaian. Trak tersebut dilihat mengandungi satu gandar tambahan untuk jadikan kenderaan ini memiliki 6 tayar semuanya.



Ia bagi menambah beban maksimum yang mampu diangkutnya. Hilux 6×6 ini katanya mampu mengangkut sebanyak 3 tan beban berbanding Hilux biasa yang berada pada paras sekitar 1.3 tan.

Trak pikap biasa digunakan kerana saiznya yang sesuai untuk memasuki bangunan terutamanya tempat letak kereta. Sekiranya trak bomba biasa digunakan, sudah tentu ia tidak dapat mengemudi dengan mudah.



Sistem pemadam kebakaran daripada Coldcut Cobra bersiap siaga di dalam ruang penyimpanan. Menurut pembangun Hilux 6×6, sistem Coldcut Cobra sangat berkesan dalam memadam kebakaran EV kerana ia menembak air yang mengandungi pelelas pada tekanan sehingga 30,000 kps untuk menembusi lantai kenderaan terus ke bateri dan seterusnya memastikan komponen bateri menyejuk pada kadar sangat pantas bagi mengelak kejadian reaksi berantai thermal runaway terus berlanjutan.

Thermal runaway adalah faktor utama yang menjadikan kebakaran kereta EV sangat sukar dibendung. Antara cara yang sering digunakan adalah menenggelamkan kereta di dalam air sehinggalah semua sel bateri berhenti bereaksi. Masalah yang dihadapi pasukan pemadam api adalah ia memerlukan air yang sangat banyak sedangkan Coldcut Cobra cuma memerlukan kira-kira 240 liter. Untuk perspektif, sebuah tab mandi standard mempunyai kapasiti kira-kira 160 liter.

Sumber: Jalopnik

Tags: EV
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Hilux 6×6 ini dibangun khas untuk padam kebakaran kereta elektrik

Hilux 6×6 ini dibangun khas untuk padam kebakaran kereta elektrik

27 April 2023
Tecno Pova 8 5G dilancar di Malaysia dengan bateri gergasi 8,000mAh, harga RM1,399

Tecno Pova 8 5G dilancar di Malaysia dengan bateri gergasi 8,000mAh, harga RM1,399

27 July 2026
Samsung Wallet kini sokong pembayaran QR Maybank MAE di Malaysia

Samsung Wallet kini sokong pembayaran QR Maybank MAE di Malaysia

25 July 2026
CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

30 July 2026
Samsung lancar Galaxy A07 5G, telefon 5G bajet dengan sokongan OS 6 tahun

Samsung umum kenaikan harga untuk Galaxy A17 dan Galaxy A07 di Malaysia

27 July 2026
Facebook Verified: Ini perkara anda perlu tahu tentang lencana percuma baru Meta

Facebook Verified: Ini perkara anda perlu tahu tentang lencana percuma baru Meta

27 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN