• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Semua pengguna Windows 11 bakal terima sokongan iOS untuk Phone Link, boleh jawab panggilan dan balas mesej di PC

  • OLEH Putra Aziz
  • 10:21 am
  • 02/05/2023
  • Komen
Semua pengguna Windows 11 bakal terima sokongan iOS untuk Phone Link, boleh jawab panggilan dan balas mesej di PC
Share on FacebookShare on Twitter

Microsoft sebelum ini ada melancarkan sokongan iOS untuk Phone Link tapi eksklusif bagi pengguna Windows Insider sahaja. Kini, ciri itu telah mula dilancarkan kepada kebanyakan pengguna Windows 11. Dengan Phone Link, ia membolehkan pengguna untuk menyambungkan telefon pada komputer untuk mengakses ciri seperti panggilan, mesej dan terima notifikasi secara langsung dari komputer.

Bagaimanapun, bukan semua pengguna sudah menerima akses untuk ciri ini. Hal ini kerana, Microsoft mengatakan sokongan untuk iOS akan hadir sepenuhnya kepada semua pengguna Windows 11 pada pertengahan bulan Mei.



Untuk mengetahui sama ada anda telah menerima ciri ini atau belum, anda boleh mencarinya dengan menaip ‘Phone Link’ di Menu Carian Windows 11. Jika anda sudah terima akses ciri tersebut, pilihan iPhone akan tersedia dan boleh diakses. Jika belum, anda akan dapati pilihan iPhone berwarna kelabu, dengan ada ikon menyatakan ciri ini ‘akan datang’.

Namun, penting untuk anda tahu bahawa terdapat limit pada sokongan Phone Link untuk iPhone. Ujian beta pengguna Insider menunjukkan pengguna tidak boleh menggunakan aplikasi tersebut untuk menghantar gambar dan video dari komputer Windows ke iPhone, serta tiada sokongan perbualan kumpulan. Malah, ciri tersebut berfungsi mengikut sesi, jadi mesej terbaru hanya akan dipapar jika iPhone dan komputer anda telah dipautkan.



Tidak dinafikan ciri Phone Link ini berfungsi lebih baik bersama peranti Android, kerana ia telah wujud sejak 2019 lagi. Tapi, penambahan untuk sokongan iOS sedikit sebanyak memberi kemudahan kepada pengguna iPhone yang menggunakan komputer Windows untuk melakukan kerja.

Jika anda berminat dan ingin mengetahui lebih lanjut bagaimana untuk memautkan dan menggunakan ciri ini di Android dan iOS, anda boleh layari laman sokongan Windows di sini.

[Sumebr: Engadget / Windows]

Tags: MicrosoftPhone Linkwindows 11
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Semua pengguna Windows 11 bakal terima sokongan iOS untuk Phone Link, boleh jawab panggilan dan balas mesej di PC

Semua pengguna Windows 11 bakal terima sokongan iOS untuk Phone Link, boleh jawab panggilan dan balas mesej di PC

2 May 2023
Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

25 August 2026
Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

22 August 2026
Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

24 August 2026
Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

27 August 2026
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN