• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Tambah nilai Touch n Go tiada lagi di mesin ATM CIMB

  • OLEH Najib
  • 11:09 am
  • 09/05/2023
  • Komen
CIMB kembali caj RM1 jika keluar tunai di mesin ATM bukan CIMB mulai 1 Februari
Share on FacebookShare on Twitter

Tambah nilai kad Touch n Go boleh dilakukan menerusi pelbagai platform. Salah satu daripadanya adalah di mesin ATM. Tetapi mulai 2 Mei 2023, CIMB memaklumkan mesin ATM mereka tidak lagi menyediakan perkhidmatan tambah nilai Touch n Go.

Sebelum ini, mesin ATM CIMB membenarkan tambah nilai kad Touch n Go dibuat menerusi mesin ATM mereka tanpa sebarang caj, atau dengan caj RM0.50 setiap transaksi di mesin ATM bank lain. Bagaimanapun, CIMB tidak memaklumkan mengapa langkah pemberhentian tersebut dibuat.



Pengguna kad Touch n Go masih mempunyai banyak saluran lain untuk menambah nilai kad Touch n Go mereka. Selain mesin ATM bank yang masih menyediakannya, ia juga boleh dibuat di kedai runcit yang terlibat, stesen minyak, kiosk TNG di beberapa lokasi awam, serta di stesen pengangkutan awam seperti LRT. Bagaimanapun, kebanyakan perkhidmatan tambah nilai ini dikenakan caj RM0.50 setiap transaksi. Boleh rujuk senarai lokasi tambah nilai di sini.

Kad Touch n Go Enhanced NFC

Untuk lebih mudah, pengguna kini mempunyai pilihan untuk menambah nilai kad Touch n Go jika memiliki kad Touch n Go Enhanced NFC. Kad ini boleh ditambah nilai terus di telefon pintar yang menyokong fungsi NFC, menggunakan aplikasi Touch n Go eWallet. Kad ini kini semakin mudah dibeli, apabila Touch n Go mengumumkan stok jualan atas talian diperbaharui setiap hari.



[Sumber: RinggitPlus, CIMB]

Bacaan Berkaitan

  • Kad TNG Enhanced lebih mudah didapati sekarang, stok diperbaharui setiap hari
  • Periksa tarikh luput kad TNG Enhanced anda, 10 tahun atau 7 tahun?
  • KPDNHEP siasat harga tak masuk akal TNG NFC, puncanya daripada pekerja stesen minyak sendiri
Tags: cimbTouch n Go
Najib

Najib

POPULAR

CIMB kembali caj RM1 jika keluar tunai di mesin ATM bukan CIMB mulai 1 Februari

Tambah nilai Touch n Go tiada lagi di mesin ATM CIMB

9 May 2023
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

7 July 2025
iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

3 July 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER