• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

RedMagic lancar enam produk gaming baru untuk komputer & peranti mudah alih dengan diskaun pada 15 Mei

  • OLEH Najib
  • 7:53 pm
  • 11/05/2023
  • Komen
RedMagic lancar enam produk gaming baru untuk komputer & peranti mudah alih dengan diskaun pada 15 Mei
Share on FacebookShare on Twitter

RedMagic, jenama peranti mudah alih gaming kini meluaskan lagi penghasilan mereka dengan melancarkan beberapa lagi produk baru ke Malaysia. Bulan lepas, mereka telah memperkenal monitor gaming 4K 27″ dan kini, mereka membawa papan kekunci, tetikus dan banyak lagi tawaran untuk kaki gaming di Malaysia.

Lebih menarik lagi, produk yang baru diumumkan ini akan ditawarkan dengan diskaun sehingga 25% pada hari pertama jualan.



Harga dan tawaran istimewa RedMagic

Bersama monitor gaming 4K, terdapat enam produk baru yang diumumkan oleh RedMagic Malaysia hari ini. Ia akan mula dijual di Malaysia pada 15 Mei 2023 dan boleh didapati di Stor Rasmi RedMagic di Lazada.

Pada hari pertama jualan iaitu 15 Mei, peminat boleh mendapatkan produk baru ini pada harga diskaun iaitu:



  • RedMagic Mechanical Keyboard – RM999 RM764
  • RedMagic Gaming Mouse – RM499 RM374
  • RedMagic Shadow Blade Gamepad – RM499 RM374
  • RedMagic Cooler 4 Magnetic – RM169 RM141
  • RedMagic Cooler 4 – RM109 RM84
  • RedMagic Magic Sound Earphones – RM99 RM74

Di samping itu, RedMagic turut menawarkan diskaun untuk produk sedia ada mereka pada 15 Mei 2023, juga di Lazada seperti berikut:

  • RedMagic 8 Pro Matte (12+256) – RM3,699 RM3,099
  • RedMagic 8 Pro Void/Titanium (16+512) – RM4,299 RM3,699
  • RedMagic 4K Gaming Monitor 27″ – RM3,999 RM3,749

RedMagic Mechanical Keyboard

RedMagic Mechanical Keyboard adalah papan kekunci mekanikal khusus untuk peminat gaming. Ia menggunakan kekunci TTC Speed Silver V2 dan boleh ditukar sendiri dengan mudah. Di samping itu, terdapat skrin kecil yang boleh memaparkan pelbagai maklumat, serta tombol putar di sisinya untuk lebih kawalan di papan kekunci.

Sudah pasti, ia juga datang bersama lampu belakang yang boleh diubahsuai mengikut citarasa pengguna. Malah, papan kekunci ini boleh digunakan secara berwayar, atau tanpa wayar menerusi Bluetooth atau 2.4Ghz. Ia dilengkapi bateri 4,000mAh untuk penggunaan tanpa wayar yang panjang.

RedMagic Gaming Mouse

Tetikus gaming pertama RedMagic ini menggabungkan sensor PixArt PAW3395 dan kekunci mikro GM8.0 Black Mamba. Ini memberikannya respon sepantas kilat serta ketepatan dan ketahanan untuk penggunaan lasak berpanjangan.

Sensor PixArt PAW3395 membolehkan DPI diubah antara 50 hingga 26,000, dengan kepantasan sehingga 650 IPS untuk respon yang cepat. Kekunci mikro GM8.0 Black Mamba memberikan penggunaan sehingga 80 juta tekanan, satu jangka hayat yang panjang. Sama seperti kekunci tadi, tetikus ini juga boleh digunakan secara berwayar dan tanpa wayar, dengan bateri 450mAh yang menyediakan masa penggunaan wayarles sehingga 100 jam.

RedMagic Shadow Blade Gamepad

Pad gaming ini menyediakan pengalaman bermain yang lebih menyeronokkan di telefon pintar, sama seperti penggunaan konsol. Ia boleh dipadankan dengan pelbagai jenis peranti, tidak terhad kepada model keluaran RedMagic.

RedMagic Cooler 4 Magnetic

Kipas penyejuk keluaran RedMagic ini menggunakan teknologi penyejukan semikonduktor RedMagic generasi ke-4 dengan kuasa 20W. Keupayaan penyejukannya meningkat sebanyak 20% dan lebih banyak haba mampu disingkirkan. Daya lekat magnetiknya dihasilkan menerusi 16 magnet untuk lekatan yang kukuh pada peranti.

RedMagic Cooler 4

Kipas penyejuk dengan cengkaman manual ini juga menggunakan teknologi penyejukan semikonduktor RedMagic generasi ke-4 tetapi dengan kuasa 15W. Kipasnya yang dinaik taraf, menghasilkan bunyi yang sangat rendah iaitu 33dB sahaja.

RedMagic Magic Sound Earphones

Fon telinga berwayar masih sangat penting dalam dunia permainan video, kerana ia memberikan bunyi terus ke telinga tanpa sebarang lengah. Fon telinga RedMagic ini menyalurkan bunyi berkualiti tinggi menggunkan pemacu audio 14.2mm. Ia serasi dengan pelbagai peranti kerana menggunakan sambungan USB-C.

Tags: RedMagicRedMagic Cooler 4RedMagic Cooler 4 MagneticRedMagic Gaming MouseRedMagic Magic Sound EarphonesRedMagic Mechanical KeyboardRedMagic Shadow Blade Gamepad
Najib

Najib

POPULAR

RedMagic lancar enam produk gaming baru untuk komputer & peranti mudah alih dengan diskaun pada 15 Mei

RedMagic lancar enam produk gaming baru untuk komputer & peranti mudah alih dengan diskaun pada 15 Mei

11 May 2023
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER