• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

IKEA Damansara guna van EV untuk hantar perabot anda ke sekitar daerah Petaling

  • OLEH Hanif Azrai
  • 3:42 pm
  • 12/05/2023
  • Komen
IKEA Damansara guna van EV untuk hantar perabot anda ke sekitar daerah Petaling
Share on FacebookShare on Twitter

IKEA Malaysia hari ini mengumumkan yang gedung perabot itu kini mula mengguna pakai kenderaan elektrik (EV) sebagai salah satu kaedah penghantaran jangkauan akhir. Panel van EV ini akan menawarkan servisnya di sekitar daerah Petaling untuk IKEA Damansaran bermula Mei 2023. Inisiatif ini selari dengan komitmen jenama itu untuk mengurangkan jejak karbon di segenap peringkat daripada rantaian pembekalan hinggalah ke penghantaran jangkauan akhir.

EV adalah salah satu cara mereka mengurangkan jejak karbon. Dalam tahun-tahun yang mendatang, mereka juga akan mentransformasikan flit kenderaan penghantar mereka kepada yang lebih mesra alam sebelum 2030.



Untuk pengetahuan anda panel van EV yang diguna pakai oleh IKEA itu adalah keluaran QC Fleet Management daripada model DFSK EC35. Ia dilancarkan untuk pasaran tempatan dalam bulan Mei 2022 lalu. Harga seunit van ini adalah RM130,000.

DFSK EC35 memiliki ruang untuk muatan sehingga 1,090kg. Ia dikuasakan motor elektrik yang membuahkan 60kW kuasa dengan tork setinggi 200Nm. Kelajuan maksimumnya adalah 100km/j dan jarak kembara maksimum yang dimiliknya adalah 275km (NEDC).



EV ini digerakkan oleh sistem bateri ion litium fosfat 38.7kWh. Ia menerima arus AC pada kadar 6.6kW manakala arus DC pada kadar 40kW. Daripada 20% kepada 80% dikatakan mengambil masa sekitar 35 minit.

Tags: EVikea
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

14 August 2026
IKEA Damansara guna van EV untuk hantar perabot anda ke sekitar daerah Petaling

IKEA Damansara guna van EV untuk hantar perabot anda ke sekitar daerah Petaling

12 May 2023
Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

18 August 2026
Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

14 August 2026
Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

22 August 2026
Oppo beri rebat promosi sehingga RM300 sempena Hari Kebangsaan

Oppo beri rebat promosi sehingga RM300 sempena Hari Kebangsaan

18 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN