• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Teknologi Audio

Jabra Evolve 2 dan Speak 2 tiba di Malaysia, produk audio pekerja hibrid yang diiktiraf Zoom, Teams & Meet

  • OLEH Najib
  • 3:54 pm
  • 12/05/2023
  • Komen
Jabra Evolve 2 dan Speak 2 tiba di Malaysia, produk audio pekerja hibrid yang diiktiraf Zoom, Teams & Meet
Share on FacebookShare on Twitter

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berlangsung hampir 2 tahun telah mengubah cara kerja, daripada duduk di pejabat kepada hibrid atau di luar pejabat. Kajian oleh Jabra, pengeluar produk audio terkemuka dunia menemui, 80% sidang mesyuarat kini dilaksanakan dalam bentuk atas talian sepenuhnya atau hibrid.

Kerana itulah, Jabra Malaysia telah melancarkan produk audio khas untuk kegunaan pekerja pejabat hibrid, Siri Jabra Evolve 2 dan Siri Jabra Speak 2. Terdapat tiga model fon kepala Jabra Evolve 2 diperkenal dan tiga lagi pembesar suara Jabra Speak 2. Apa yang membezakan produk audio ini dengan yang lain, adalah ia diiktiraf untuk platform persidangan maya terkemuka.



Harga dan ketersediaan

Kesemua produk baru Jabra ini telah dijual di Malaysia mulai April 2023. Harga rasminya di Malaysia adalah seperti berikut:

  • Evolve 2 50 Stereo – RM1,180
  • Evolve 2 55 Stereo – RM1,580
  • Evolve 2 65 Flex – RM1,880
  • Speak 2 40 – RM1,080
  • Speak 2 55 – RM1,180
  • Speak 2 75 – RM2,380

Ciri-ciri Jabra Evolve 2

Fon kepala Evolve 2 50 adalah fon kepala berwayar manakala Evolve 2 55 dan Evolve 2 65 adalah fon kepala wayarles. Pad telinganya direka untuk keselesaan maksimum menggunakan teknologi Jabra Air Comfort. Ia juga dilengkapi sistem Mikrofon ClearVoice Jabra yang memenuhi standard mikrofon premium bagi pejabat terbuka.



Jabra Evolve 2 50, Evolve 2 55 & Evolve 2 65

Satu ciri unik Jabra Evolce 2 yang tidak terdapat pada fon kepala lain adalah lampu Busylight bersepadu 360°. Ia boleh memberitahu orang di sekeliling menggunakna lampu merah atau hijau tentang situasi pengguna, sama ada di dalam mesyuarat atau tidak. Paling utama, pengguna tidak perlu risau gangguan ketika persidangan kerana ia diiktiraf untuk platform persidangan maya terkemuka.

Bagi fon kepala wayarles Evolve 2 55 dan Evolve 2 65, ia boleh digunakan tanpa wayar dengan jarak sehingga 30 meter daripada sumber. Malah, ia juga mampu bersambung ke dua peranti serentak. Rekaan mikrofon jenis joran, memudahkan pengguna untuk mematikan mikrofon dengan segera.

Fon kepala Evolve 2 55 memiliki hayat bateri dengan masa bercakap sehingga 16 jam tanpa ANC/Busylight, atau sehingga 10 jam dengan dengan ANC/Busylight aktif. Masa mendengar pula mencapai sehingga 18 jam tanpa ANC/Busylight dan sehingga 15 jam jika ANC/Busylight dihidupkan.

Fon kepala Evolve 2 65 pula ada hayat bateri lebih lama. Masa bercakapnya sehingga 20 jam tanpa ANC/Busylight dan 15 dengan ANC/Busylight. Manakala masa mendengar mencecah 32 jam dengan ANC/Busylight dimatikan atau 21 jam jika ANC/Busylight dimatikan. Lebih menarik lagi, fon kepala ini boleh dilipat untuk lebih mudah menyimpan.

Ciri-ciri Jabra Speak 2

Pembesar suara Speak 2 pula menampilkan Speak 2 40 sebagai speaker berwayar serta Speak 2 55 dan Speak 2 75 sebagai speaker wayarles. Semua speaker ini dibina dengan empat mikrofon ‘beamforming’ dengan pembatalan hingar inovatif untuk suara yang sentiasa jelas. Sistem bunyinya menggunakan audio full duplex termaju dengan teknologi penormalan tahap suara.

Jabra Speak 2 40, Speak 2 55 & Speak 2 75

Sama seperti siri Evolve 2, siri Speak 2 juga direka supaya dapat digunakan dengan semua platform persidangan maya utama, seperti Microsoft Teams, Google Meet dan Zoom. Ia juga diiktiraf IP64, iaitu terlindung daripada habuk dan air.

Speak 2 55 boleh berhubung tanpa wayar dengan hayat bateri sehingga 12 jam. Manakala Speak 2 75 memiliki hayat bateri sehingga 32 jam.

Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Jabra Evolve 2 dan Jabra Speak 2.

Tags: JabraJabra Evolve 2Jabra Evolve 2 50Jabra Evolve 2 55Jabra Evolve 2 65Jabra Speak 2Jabra Speak 2 40Jabra Speak 2 55Jabra Speak 2 75
Najib

Najib

POPULAR

Jabra Evolve 2 dan Speak 2 tiba di Malaysia, produk audio pekerja hibrid yang diiktiraf Zoom, Teams & Meet

Jabra Evolve 2 dan Speak 2 tiba di Malaysia, produk audio pekerja hibrid yang diiktiraf Zoom, Teams & Meet

12 May 2023
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER