• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

MOHE dan UK tandatangani MoU untuk perkukuh kerjasama bidang pendidikan tinggi, tarik pelajar UK ke Malaysia dan pertingkat ekonomi negara

  • OLEH Najib
  • 5:12 pm
  • 12/05/2023
  • Komen
MOHE dan UK tandatangani MoU untuk perkukuh kerjasama bidang pendidikan tinggi, tarik pelajar UK ke Malaysia dan pertingkat ekonomi negara
Share on FacebookShare on Twitter

Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (MOHE) dan Jabatan Pendidikan United Kingdom (UK), telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) mengenai kerjasama dalam Bidang Pendidikan Tinggi. Majlis ini telah disempurnakan oleh YBhg Ketua Setiusaha, Dato’ Seri Abdul Razak Jaafar bersama rakan sejawatan, Susan Acland Hood dan disaksikan pegawai-pegawai dari kedua-dua belah pihak.

Antara skop kerjasama yang dicadangkan dalam MoU ini adalah, untuk memantapkan kerjasama strategik dalam bidang penyelidikan saintifik dan latihan bakat antara institusi pendidikan tinggi kedua-dua negara. Selain itu, kedua-dua pihak akan melaksanakan pertukaran kakitangan akademik, guru, pelatih, pakar dan pelajar antara Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) selepas berunding dengan Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia dan Department of Business and Trade (DBT) mengenai program yang akan memberi manfaat bersama kepada kedua-dua pihak.



Platform latihan kepada pentadbir pendidikan dan guru termasuklah yang terlibat dengan latihan dalam perkhidmatan turut akan disediakan, di samping menawarkan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran di institusi pendidikan tinggi yang diiktiraf oleh kedua-dua pihak.

Selain itu, program dua hala antara institusi pendidikan tinggi yang diiktiraf oleh kedua-dua buah negara dan akan memberi faedah bersama kepada kedua-dua pihak akan dilaksanakan. Usaha berterusan akan dibuat ke arah melaksanakan pemindahan kredit dan program yang serupa antara IPT kedua-dua pihak dan pengiktirafan bersama untuk kelayakan akademik.



Malaysia dan UK turut akan saling membantu dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan Dan Matematik (STEM), Teknologi Informasi Dan Komunikasi (ICT), Pendidikan Dan Latihan Teknikal Dan Vokasional (TVET), inovasi, pembelajaran dalam talian, pembelajaran sepanjang hayat dan keusahawanan.

KSU, Dato’ Seri Abdul Razak Jaafar berjabat dengan rakan sejawatan, Susan Acland Hood

MoU ini juga dimeterai untuk mengukuhkan lagi kerjasama pendidikan di antara kedua-dua buah negara. Melalui pemeteraian ini, lebih ramai pelajar UK akan melanjutkan pengajian di Malaysia dan kedua-dua pihak dapat bekerjasama dalam penyelidikan dan pertukaran pelajar. Ia juga diharap akan memberi pendedahan dan perspektif yang lebih luas kepada pelajar Malaysia untuk memahami dengan lebih jelas mengenai sosio-budaya pelajar antarabangsa.

Kerjasama pendidikan di peringkat antarabangsa secara tidak langsung akan merangsang IPT negara untuk terus bersaing dalam penawaran program pengajian yang berkualiti, demi menarik lebih ramai pelajar antarabangsa untuk melanjutkan pengajian di institusi masing-masing. Kemasukan pelajar-pelajar antarabangsa dari UK juga akan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara melalui pertukaran mata wang asing.

Tags: moheUK
Najib

Najib

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
MOHE dan UK tandatangani MoU untuk perkukuh kerjasama bidang pendidikan tinggi, tarik pelajar UK ke Malaysia dan pertingkat ekonomi negara

MOHE dan UK tandatangani MoU untuk perkukuh kerjasama bidang pendidikan tinggi, tarik pelajar UK ke Malaysia dan pertingkat ekonomi negara

12 May 2023
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026
Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

16 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN