• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

PROMO: MSI beri rebat sehingga RM1000 bagi barisan laptop siri Gaming dan Modern

  • OLEH Putra Aziz
  • 6:14 pm
  • 16/05/2023
  • Komen
PROMO: MSI beri rebat sehingga RM1000 bagi barisan laptop siri Gaming dan Modern
Share on FacebookShare on Twitter

MSI Malaysia kali ini mengadakan promosi terbaru mereka sempena bulan jenama MSI. Promosi terbaru ini menawarkan diskaun dan rebat sehingga RM1000 pada barisan laptop mereka. Tempoh promosi telah pun berjalan bermula 8 Mei dan akan berakhir pada 25 Jun 2023 nanti.

Antara barisan produk yang terlibat dalam promosi adalah laptop dalam siri MSI Gaming dan siri Modern. Yang menariknya, pada promosi ini, laptop boleh didapati dengan harga serendah RM1,699. Anda boleh lihat Keseluruhan tawaran di sini.



Produk yang memberikan paling banyak penjimatan adalah MSI Vector GP68 HX. Ia boleh didapati pada harga RM9,999 (harga asal RM10,999). Laptop itu diperkasa CPU Intel Core i9-12900HX bersama GPU NVIDIA Geforce RTX 4080 serta mempunyai skrin 16 inci QHD+ 240Hz dan storan 1TB NVMe SSD.

Selain itu, dua model MSI Katana GF66 ditawarkan penjimatan sebanyak RM600. Model dikuasakan CPU Intel i7-12700H dengan GPU NVIDIA Geforce RTX 3060 kini berharga RM5,399, manakala model CPU Intel i5-12500H dan GPU NVIDIA Geforce RTX 3050 kini berharga RM3,999.



Model terbaru MSI Katana 15 yang dikuasakan CPU Intel i7-12700H dengan GPU NVIDIA Geforce RTX 4070 pula diberi diskaun sehingga RM400, menjadikannya pada harga RM6,999.

Selain MSI Katana 15, laptop baharu MSI Cyborg 15 juga termasuk dalam tawaran promosi ini. Ia diperkasa CPU Intel i7-12700H (RM5,399 selepas diskaun) atau CPU Intel i5-12500H (RM4,999 selepas diskaun). Kedua-duanya menggunakan GPU NVIDIA Geforce RTX 4060, skrin 15.6 inci HD Penuh 144Hz dan storan 512GB NVMe SSD.

Untuk barisan laptop Modern, MSI memberikan rebat sebanyak RM500 untuk laptop Modern 15 yang dikuasakan CPU AMD Ryzen 7 5700U dan GPU AMD Radeon, menjadikannya pada harga RM2,699. Selain itu, rebat RM500 diberikan juga pada laptop Modern 14 dikuasakan CPU Intel i5-1235U bersama GPU Intel Iris Xe, menjadikannya pada harga RM2,799.

Laptop yang termurah boleh didapati dalam promosi ini ialah laptop Modern 14 yang ditawarkan rebat RM300, menjadikannya pada harga RM1,699. Ia dilengkapi CPU Intel i3-1115G4, skrin 14 inci HD Penuh 60Hz dan storan 512GB NVMe SSD.

Jika anda berminat dan ingin mengetahui lebih lanjut tentang promosi ini, anda boleh layari laman rasmi MSI Malaysia di sini sementara promosi ini masih berjalan.

Tags: MSIMSI Katana GF66MSI Modern 14MSI Modern 15
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

PROMO: MSI beri rebat sehingga RM1000 bagi barisan laptop siri Gaming dan Modern

PROMO: MSI beri rebat sehingga RM1000 bagi barisan laptop siri Gaming dan Modern

16 May 2023
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER