• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Motorola dedah, siri Razr 40 akan dilancar pada 1 Jun

  • OLEH Putra Aziz
  • 9:33 pm
  • 17/05/2023
  • Komen
Motorola dedah, siri Razr 40 akan dilancar pada 1 Jun
Share on FacebookShare on Twitter

Setelah banyak desas desus berlegar di internet berkaitan model Razr terbaru, kini Motorola telah mengesahkan kehadiran telefon itu menerusi satu teaser. Berdasarkan teaser tersebut, tidak banyak perkara yang didedahkan selain jenis telefon yang bakal dilancarkan dan tarikh pelancarannya.

Seperti apa yang diperkatakan, telefon yang bakal dilancar ini mungkin mendukung nama siri Razr 40. Motorola melalui laman Twitternya mendedahkan pelancarannya akan berlangsung pada 1 Jun 2023, dan telefon yang akan dilancar membawa slogan ‘Flip the script’. Meyakinkan ia adalah sekuel seterusnya telefon flip Razr.



Flip the script. June 1. pic.twitter.com/gOhSmzhGzL

— motorola (@Moto) May 16, 2023

Menurut video teaser yang sama, ia menunjukkan animasi telefon dengan lipatan flip, tapi dilihat terdapat dua telefon pada animasi tersebut. Jadi mungkin ada dua model dalam siri ini. Rupa dan spesifikasi model yang lebih premium Razr 40 Ultra telah pun tertiris di internet. Ia mempunyai paparan luar yang besar beresolusi 1056×1066. Atas papan utama, ia diperkasa SoC Snapdragon 8+ Gen 1 bersama RAM 12GB serta storan 512GB. Menghidupkan telefon adalah bateri bersaiz 3,650mAh dengan pengecasan 33W.

Manakala untuk model Razr 40, maklumat spesikasi dan rupa parasnya masih tandus. Tapi sudah pasti ia adalah model lebih mampu milik dan sumber melaporkan ia mempunyai paparan luar yang lebih kecil dengan bahagian perkakasan yang lebih kurang serupa dengan Razr 40 Ultra.



Masih tiada maklumat berkaitan harga untuk telefon siri terbaru Razr 40. Untuk perspektif anda, Motorola Razr 5G dilancarkan di Malaysia pada harga RM5,999. Kalau anda nak tahu lebih lanjut, nantikan pelancaran global telefon Razr ini pada 1 Jun 2023 ini.

[Sumber: 9to5Google]

Tags: motorla razr 40 ultraMotorolamotorola razr 40
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Motorola dedah, siri Razr 40 akan dilancar pada 1 Jun

Motorola dedah, siri Razr 40 akan dilancar pada 1 Jun

17 May 2023
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

11 November 2026
Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

10 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
RedMagic 12 Pro Malaysia: Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6, skrin 185Hz dari RM3,999

RedMagic 12 Pro Malaysia: Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6, skrin 185Hz dari RM3,999

10 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN