• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama AirAsia

AirAsia tawar tambang tetap untuk Hari Kaamatan dan Gawai, harga termasuk semua caj & bagasi 20kg

  • OLEH Putra Aziz
  • 8:03 pm
  • 19/05/2023
  • Komen
Penerbangan AirAsia anda diubah atau dijadual semula? Sebenarnya anda boleh tukarnya percuma
Share on FacebookShare on Twitter

Syarikat penerbangan AirAsia menyahut inisiatif kerajaan dalam menawarkan tambang tetap untuk penerbangan ke Sabah dan Sarawak sempena Hari Kaamatan dan Gawai yang akan tiba. Penerbangan tambang tetap akan ditawarkan untuk perjalanan antara 27 dan 31 Mei 2023.

Menerusi inisiatif tersebut, AirAsia menawarkan penerbangan sehala dari Semenanjung Malaysia ke Sabah pada tambang tetap RM352 termasuk semua caj antara 27 dan 29 Mei 2023. Penerbangan untuk ke Sarawak pula ditetapkan pada harga RM346 termasuk semua caj antara 29 dan 31 Mei 2023.



Harga yang dinyatakan adalah termasuk cukai, caj berkaitan, surcaj bahan api serta bagasi 20kg. Pilihan “bagasi percuma” akan tersedia semasa membuat tempahan. Tiket dengan harga tambang tetap boleh ditempah bermula 20 hingga 31 Mei 2023.

Selain itu, AirAsia juga memberikan lebih penjimatan kepada pengguna BigPay, iaitu diskaun 5% pada semua penerbangan AirAsia selama setahun dengan menggunakan kod promosi “BIGPAY5”. Anda boleh layari laman BigPay di sini untuk ketahui lebih lanjut.



Berikut adalah senarai perjalanan tarikh tersedia untuk penerbangan tambang tetap ke Sabah dan Sarawak

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat berkata, “Sebagai syarikat penerbangan yang telah memastikan ketersediaan tambang tetap secara konsisten semasa beberapa musim perayaan lalu, kami berbesar hati untuk menyokong inisiatif ini sekali lagi, melalui Kementerian Pengangkutan Malaysia.”

“Selain menyokong inisiatif ini, kami juga akan menambah penerbangan komersial tambahan dari Kuala Lumpur dan Johor Bahru ke Sibu untuk menambah kapasiti bagi kedua-dua destinasi tersebut dalam tempoh perayaan ini. Syarikat penerbangan jarak sederhana, AirAsia X yang mengendalikan pesawat berbadan lebar yang lebih besar juga akan mengendalikan perkhidmatan dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu untuk memastikan tambahan kapasiti tersedia bagi memenuhi peningkatan permintaan.

Dalam masa yang sama, Riad juga mendedahkan bahawa kerajaan telah memberi subsidi pada 5,534 tempat duduk AirAsia dan AirAsia X, membolehkan mereka untuk menawarkan tiket tambang tetap untuk musim perayaan akan datang.

Untuk melancarkan perjalanan semasa musim perayaan Kaamatan dan Gawai yang bakal tiba, tetamu dinasihatkan untuk tiba di lapangan terbang sekurang-kurangnya dua jam lebih awal daripada waktu perlepasan yang dijadualkan. Tetamu juga digalakkan untuk mendaftar masuk secara kendiri melalui airasia Super App, yang sudah tersedia seawal 14 hari sebelum tarikh berlepas.

[Sumber: AirAsia]

Tags: AirAsia
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Penerbangan AirAsia anda diubah atau dijadual semula? Sebenarnya anda boleh tukarnya percuma

AirAsia tawar tambang tetap untuk Hari Kaamatan dan Gawai, harga termasuk semua caj & bagasi 20kg

19 May 2023
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN