• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Mencuba Internet ConnectMe Now di Pos Sinderut, kami beroleh 45Mbps

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:33 am
  • 19/05/2023
  • Komen
Mencuba Internet ConnectMe Now di Pos Sinderut, kami beroleh 45Mbps
Share on FacebookShare on Twitter

Pos Sinderut adalah sebuah kampung orang asli yang letaknya jauh ke dalam belantara. Ia berada di antara Tanah Rata dan Bukit Fraser. Ketersambungan daripada segi capaian Internet adalah salah satu kemudahan yang sukar untuk ditawarkan di sini. Salah satu solusi yang sedang diguna pakai adalah daripada ConnectMe Now yang menyediakan sambungan Internet menggunakan teknologi satelit.

Kampung ini adalah salah satu daripada 4,000 tapak ConnectMe Now berkhidmat untuk menyediakan Internet kepada kira-kira 400 ribu penduduk yang tidak beroleh manfaat 4G ataupun jalur lebar di tempat mereka.



Pasukan SoyaCincau telah dijemput ke Pos Siderut untuk melihat perkembangan semasa perkhidmatan ConnectMe Now. Kalau anda masih ingat, tak lama dulu, MEASAT telah melancarkan MEASAT-3d yang katanya akan menambah baik capaian Internet daripada segi kelajuan.

Menerusi lawatan itulah kita boleh melihat hasilnya. MEASAT memaklumkan yang semua tapak pemancar ConnectMe Now telahpun berhubung dengan MEASAT-3d dan kini menggunakan frekuensi Ka-band. Kelajuan yang dicapai sekarang adalah sekitar 60Mbps dan kerja-kerja pengoptimuman sedang dijalankan untuk mempertingkat kepada 100Mbps.



Di Pos Sinderut, ConnectMe mendemonstrasikan perkhidmatan Internet daripada tapak pemancar yang dikuasakan tenaga solar. Bukan setakat menghidupkan pemancar, tenaga solar juga digunakan untuk membekalkan elektrik kepada Wi-Fi yang memberikan liputan kepada lebih 4,000 penduduk Pos Sinderut. Di sini sahaja terdapat lebih 10 tapak pemancar ConnectMe Now untuk menampung keperluan Internet.

Warga Pos Sinderut perlu membeli kad prabayar untuk mendapatkan kuota Internet pada kadar bermula RM10/GB. Kadar menjadi lebih murah dengan pembelian lebih banyak kuota contohnya RM40/5GB.

Daripada pengalaman kami menggunakannya, capaian Internet sekitar 45Mbps untuk muat turun dan 5Mbps untuk muat naik telah diperoleh. Ia adalah sesuatu yang mengagumkan jika anda fikirkan lokasi tempat anda berada. Panggilaan WhatsApp berjaya dilakukan tapi terdapat sela masa yang agak ketara disebabkan data yang perlu naik ke langit dan turun semula.

ConnectMe Now adalah kaedah paling cekap dan pantas untuk menyediakan ketersambungan Internet kepada kawasan yang memerlukan. Ia boleh jadi penyelesaian sementara sehinggalah cakupan jalur lebar fiber, 4G ataupun 5G tiba ke lokasi tersebut.

Tags: Connectmeconnectme nowMEASATwifi
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Mencuba Internet ConnectMe Now di Pos Sinderut, kami beroleh 45Mbps

Mencuba Internet ConnectMe Now di Pos Sinderut, kami beroleh 45Mbps

19 May 2023
Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

6 April 2026
U Mobile lancar ULTRA Prepaid dengan kelajuan 5G tanpa had, pelan RM50 tawar 500GB data

U Mobile lancar ULTRA Prepaid dengan kelajuan 5G tanpa had, pelan RM50 tawar 500GB data

8 April 2026
Siri Honor 600 didedahkan, bakal hadir dengan kamera 200MP dan penstabilan CIPA 6.5

Siri Honor 600 didedahkan, bakal hadir dengan kamera 200MP dan penstabilan CIPA 6.5

10 April 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Vivo V70 FE Malaysia: Telefon bawah RM2,000 dengan bateri 7,000mAh dan kamera 200MP

Vivo V70 FE Malaysia: Telefon bawah RM2,000 dengan bateri 7,000mAh dan kamera 200MP

10 April 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN