• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Instagram bakal hasilkan aplikasi teks suapan seperti Twitter

  • OLEH Putra Aziz
  • 4:15 pm
  • 22/05/2023
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Instagram nampaknya bakal menghasilkan aplikasi pesaing Twitter, iaitu aplikasi dengan suapan teks sahaja. Ia didedahkan oleh Lia Haberman menerusi laman substack-nya, yang mengatakan aplikasi tersebut mungkin akan dilancar pada akhir Jun nanti. Aplikasi itu boleh dilihat seakan-akan seperti Twitter, menawarkan ruang utama yang boleh menghantar teks, gambar dan boleh berbual di ruangan komen.

Menurut apa yang dikongsikan, aplikasi ini hanya dinamakan ‘aplikasi berasaskan teks baharu Instagram untuk berbual’. Tiada nama spesifik lain didedahkan untuk membezakannya dari aplikasi utama Instagram. Namun, projek ini diberi nama kod P92, Project 92 atau Barcelona.



Aplikasi ini dihasil berasaskan Instagram. Oleh itu, pengguna boleh terus log masuk menggunakan nama pengguna dan kata laluan sedia ada di Instagram mereka. Bahagian lain seperti pengikut, nama, biodata dan pengesahan akan secara automatik dibawa dari aplikasi utama Instagram. Di halaman utama, hantaran boleh dibuat sehingga 500 aksara berserta pautan link, gambar dan video sepanjang 5 minit.

Selain itu, Instagram akan menyediakan ciri untuk pengguna mengawal siapa yang boleh membalas pada hantaran anda dan menyebut akaun anda. Tambahan pula, akaun yang telah diblok akan dibawa dari Instagram.



The app will have creator controls and account safety features.

For example, accounts you’ve blocked on IG will carry over

Hidden words you’ve selected on IG will also carry over.

— Lia Haberman (@liahaberman) May 19, 2023

Dalam pada itu, aplikasi teks Instagram ini dikatakan akan mempunyai elemen desentralasi dan akan serasi penggunaannya dengan aplikasi lain seperti Mastodon. Pengguna di aplikasi lain boleh mencari, ikut dan berinteraksi dengan profil dan konten anda jika ia ditetap sebagai public, atau private jika anda meluluskan mereka sebagai pengikut anda.

Walau bagaimanapun, masih tiada maklumat yang diberikan oleh Meta berkenaan aplikasi terbaru ini. Jika Meta melancarkannya kelak, ia mungkin akan menjadi alternatif terbaik bagi sesiapa yang ingin beralih dari Twitter, memandangkan Twitter telah mengehadkan penggunaan Twitter dan memperkenalkan langganan Twitter Blue bagi mereka yang mahu mendapatkan ciri yang lebih.

[Sumber: TheVerge]

Tags: instagramTwitter
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026

Instagram bakal hasilkan aplikasi teks suapan seperti Twitter

22 May 2023
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026
Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

16 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN