• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Rupa paras Google Pixel 8 Pro didedahkan, boleh ukur suhu badan

  • OLEH Putra Aziz
  • 7:30 pm
  • 22/05/2023
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Seperti acara tahunan Made by Google sebelum ini, siri flagship Pixel seterusnya dijangka akan dilancar pada Oktober ini. Walaupun masih jauh dari tarikh pelancarannya, rupa paras bagi varian Pro siri Pixel 8 telah didedahkan atas talian dan ia dilihat dilengkapi satu cari baharu yang menarik.

Berdasarkan apa yang dilaporkan oleh 91mobiles, rupa paras Pixel 8 Pro dilihat serupa seperti Pixel 7 Pro dengan mempunyai bar di menempatkan tiga modul kameranya. Namun apa yang lain adalah, di hujung kanan bar, betul-betul bawah lampu flash LED terdapat satu sensor baharu iaitu sensor termometer inframerah. Seperti namanya, sensor tersebut boleh digunakan untuk mengukur suhu badan.



Sensor tersebut dikatakan sensor yang sama terdapat pada kebanyakan termometer tanpa sentuh. Tapi berlandaskan video yang disediakan, terlihat cara mengukur suhu agak lain sedikit kerana ia melibatkan pergerakan. Video yang dikongsikan oleh 91mobiles menunjukkan bagaimana ciri termometer di Pixel 8 Pro berfungsi.

First leaked video of the Pixel 8 Pro showing off the phone and it’s new thermometer feature.

This phone looks 🔥 I genuinely can’t wait for Pixel 8 series to launch. Please let Tensor G3 be better 🙏🏼#Pixel8pro #googlepixel #teampixel #google

Leaks are from 91 mobiles pic.twitter.com/mg3I2BRO3u

— Neil Sargeant (@Neil_Sarg) May 18, 2023

Pertama sekali pengguna diarah untuk mengenalpasti dimana sensor, pastikan tiada aksesori atau apa-apa objek di kulit, dan kemudian posisikan sensor itu sedekat yang boleh ke dahi. Anda boleh tekan butang mula dan gerakkan telefon ke pelipis kepala dalam masa 5 saat. Sebaik sahaja suhu diukur, telefon akan bergetar dan suhu akan ditunjuk.



Walau bagaimanapun, ciri terbina termometer ini dimaklumkan hanya tersedia pada model Pixel 8 Pro dan ciri ini telah pun mula diuji oleh pekerja Google. Selain suhu badan, sensor yang sama juga boleh digunakan untuk mengukur suhu objek. Data yang dikumpul akan disimpan secara setempat dan akan dikendali melalui Android Private Compute Core.

[Sumber: 91mobiles]

Tags: google pixelPixel 8 Pro
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Apple pecah rekod, 8 dari 10 telefon terbanyak dijual tahun lepas adalah iPhone!

[PROMO] iPhone 13, iPhone 12 & iPhone 11 dijual pada harga serendah RM1,999

25 Mei 2023
Netflix Malaysia mula kenakan caj RM13 untuk pengguna berkongsi akaun yang tidak tinggal serumah

Netflix Malaysia mula kenakan caj RM13 untuk pengguna berkongsi akaun yang tidak tinggal serumah

24 Mei 2023
Infinix Note 30 Pro Malaysia: RM899 anda dapat skrin AMOLED, speaker stereo, dan pengecasan wayarles

Infinix Note 30 Pro Malaysia: RM899 anda dapat skrin AMOLED, speaker stereo, dan pengecasan wayarles

24 Mei 2023

Rupa paras Google Pixel 8 Pro didedahkan, boleh ukur suhu badan

22 Mei 2023
Edisi 2023: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

Edisi 2023: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

10 Januari 2023
SKMM kompaun Awesome TV RM250,000 atas pelbagai kesalahan, termasuk beroperasi tanpa lesen

SKMM kompaun Awesome TV RM250,000 atas pelbagai kesalahan, termasuk beroperasi tanpa lesen

25 Mei 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER