• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Infinix Note 30 Pro Malaysia: RM899 anda dapat skrin AMOLED, speaker stereo, dan pengecasan wayarles

  • OLEH Hanif Azrai
  • 5:49 pm
  • 24/05/2023
  • Komen
Infinix Note 30 Pro Malaysia: RM899 anda dapat skrin AMOLED, speaker stereo, dan pengecasan wayarles
Share on FacebookShare on Twitter

Bila anda cari telefon kelas pertengahan harga bawah RM1,000 biasanya anda akan toleh pada Redmi dan Realme. Tapi kini segmen pertengahan ada penyertaan baharu yang sangat kuat dan pesaing terbaharu iaitu siri Infinix Note 30. Melihat pada harga dan helaian spesifikasi, jenama-jenama yang lama selesa perlu buka mata. Sebanyak dua variasi boleh anda dapatkan iaitu:

  • Infinix Note 30 Pro
  • Infinix Note 30

Baca tentang Infinix Note 30 di sini



Harga Infinix Note 30 Pro di Malaysia

Infinix Note 30 Pro ditawarkan dalam pasaran Malaysia pada harga RM899 dan anda boleh mula dapatkannya bermula 29 Mei 2023 ini. Ada promosi menarik sedang berlangsung antara 29 Mei 2023 hingga 2 Jun 2023 iaitu setiap pembelian mana-mana siri Infinix Note 30, pembeli akan menerima kotak hadiah ekslusif Infinix x MLBB MSL Championship.

Sekiranya anda berminat untuk dapatkannya, bolehlah singgah ke gedung dalam talian Infinix di TikTok, Lazada ataupun Shopee.



Spesifikasi Infinix Note 30 Pro

Infinix Note 30 Pro adalah sebuah telefon dengan paparan sebesar 6.67”. Paparan tersebut menggunakan panel berteknologi “flexible AMOLED” dengan kadar segar semula setinggi 120Hz dan kecerahan menjangkau 900 nits.

Panel AMOLED yang pastinya cantik ini dipadankan dengan sepasang speaker yang ditala JBL dan ia masih menyediakan jek audio 3.5mm sebagai alternatif untuk output audio ataupun secara wayarles menggunakan Bluetooth 5.2.

Atas papan utama, Infinix Note 30 Pro diperkasa cip Mediatek Helio G99. Ia cukup berkuasa untuk berikan saingan dalam kelasnya. Dalam penawaran Infinix, cip inilah yang paling berkuasa mereka pernah gunakan. Bersama-sama dengan SoC tersebut, pengeluarnya menyertakan bersama RAM 8GB dan storan 256GB. Fungsi Extended RAM ditawarkan untuk memperluas RAM kepada 16GB secara maya.

Di jabatan pengimejan, Infinix Note 30 Pro dipacu oleh sistem trikamera belakang. Kamera utamanya adalah kamera 108MP dan diikuti 2 kamera 2MP untuk bokeh dan satu lagi AI. Secara efektifnya, telefon ini ada satu kamera belakang dengan zum digital sehingga 10 kali. Selfie pula diambil menggunakan kamera 32MP yang dilengkapi lampu LED-nya yang tersendiri.

Membekalkan tenaga kepada kelengkapan elektronik Infinix Note 30 Pro adalah bateri berkapasiti 5,000mAh. Ia menyokong pengecasan pantas 68W dan yang lebih menarik pada harga RM899, ia juga menyokong pengecasan wayarles 15W. Untuk pengecasan berkabel, ia menyokokng piawiaan USB-PD yang jarang-jarang diberikan pada telefon pintar. Biasanya pengeluar akan gunakan solusi proprietari.

Tags: InfinixInfinix Note 30Infinix Note 30 Pro
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Infinix Note 30 Pro Malaysia: RM899 anda dapat skrin AMOLED, speaker stereo, dan pengecasan wayarles

Infinix Note 30 Pro Malaysia: RM899 anda dapat skrin AMOLED, speaker stereo, dan pengecasan wayarles

24 May 2023
Samsung Wallet kini sokong pembayaran QR Maybank MAE di Malaysia

Samsung Wallet kini sokong pembayaran QR Maybank MAE di Malaysia

25 July 2026
Harga rasmi Samsung Galaxy Z Fold 8 Ultra, Fold 8 & Z Flip 8 di Malaysia bocor dalam talian

Harga rasmi Samsung Galaxy Z Fold 8 Ultra, Fold 8 & Z Flip 8 di Malaysia bocor dalam talian

21 July 2026
Nak layan final Piala Dunia FIFA 2026 beramai-ramai? Ini lokasi tayangan skrin besar percuma sekitar KL & Selangor

Nak layan final Piala Dunia FIFA 2026 beramai-ramai? Ini lokasi tayangan skrin besar percuma sekitar KL & Selangor

17 July 2026
Samsung Galaxy Z Flip 8 rasmi: Rekaan lebih nipis, bateri 4,300mAh & FlexWindow lebih pintar

Samsung Galaxy Z Flip 8 rasmi: Rekaan lebih nipis, bateri 4,300mAh & FlexWindow lebih pintar

22 July 2026
Samsung Galaxy Z Fold 8 & Z Fold 8 Ultra: Skrin lebih cerah & nisbah skrin lebar baharu

Samsung Galaxy Z Fold 8 & Z Fold 8 Ultra: Skrin lebih cerah & nisbah skrin lebar baharu

22 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN