• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Infinix Note 30 Malaysia: Pada RM699, ini pesaing terhebat Redmi

  • OLEH Hanif Azrai
  • 6:11 pm
  • 24/05/2023
  • Komen
Infinix Note 30 Malaysia: Pada RM699, ini pesaing terhebat Redmi
Share on FacebookShare on Twitter

Bila anda cari telefon kelas pertengahan harga bawah RM1,000 biasanya anda akan toleh pada Redmi dan Realme. Tapi kini segmen pertengahan ada penyertaan baharu yang sangat kuat dan pesaing terbaharu iaitu siri Infinix Note 30. Melihat pada harga dan helaian spesifikasi, jenama-jenama yang lama selesa perlu buka mata. Sebanyak dua variasi boleh anda dapatkan iaitu:

  • Infinix Note 30 Pro
  • Infinix Note 30

Baca tentang Infinix Note 30 Pro di sini



Harga Infinix Note 30 di Malaysia

Infinix Note 30 ditawarkan dalam pasaran Malaysia pada harga RM699 dan anda boleh mula dapatkannya bermula 29 Mei 2023 ini. Ada promosi menarik sedang berlangsung antara 29 Mei 2023 hingga 2 Jun 2023 iaitu setiap pembelian mana-mana siri Infinix Note 30, pembeli akan menerima kotak hadiah ekslusif Infinix x MLBB MSL Championship.

Sekiranya anda berminat untuk dapatkannya, bolehlah singgah ke gedung dalam talian Infinix di TikTok, Lazada ataupun Shopee.



Spesifikasi Infinix Note 30

Infinix Note 30 adalah sebuah telefon dengan panel paparan sebesar 6.78”. Ia mengguna pakai panel LCD pada resolusi FHD+ (2400 x 1080) dengan kadar segar semula 120Hz. Sebagai perbandingan, saudaranya yang lebih atas, Infinix Note 30 Pro diberikan panel AMOLED.

Atas papan utama, Infinix Note 30 dipacu oleh Mediatek Helio G99, sama seperti variasi Note 30 Pro. Telefon ini juga memiliki sistem audio stereo yang ditala oleh JBL sama seperti varian Note 30 Pro. Lagi yang sama adalah kombinasi RAM dan storan yang diberikan iaitu 8GB + 256GB. Fungsi RAM Expansion hadir untuk perluaskan kepada 16GB menggunakan RAM maya.

Bahagian kamera, Infinix Note 30 diberikan konfigurasi trikamera belakang. Kamera utamanya mendukung sensor 64MP dan dua lagi kamera adalah 2MP dan kamera AI. Selfie pula diambil mengguna pakai kamera 16MP dan ia dilengkapi sistem lampu flash hadapan.

Untuk sistem bateri, telefon ini mempunyai tangki bateri sebesar 5,000mAh. Ia menyokong sistem pengecasan pantas 45W menggunakan protokol USB-PD. Ini adalah satu berita baik kerana anda boleh gunakan sebarang pengecas USB-C laptop dengan piawaian yang sama untuk mengisis semula bateri. Ciri Bypass Charge seperti Note 30 Pro juga hadir pada variasi ini yang membolehkan blok pengecas membekalkan tenaga terus kepada telefon tanpa melalui bateri.

Sejurus keluar kotak, Infinix Note 30 menjalankan sistem operasi XOS 13 berasaskan Android 13. Lain-lain benda menarik yang anda mungkin berminat adalah ia ada NFC yang boleh anda gunakan untuk Google Pay ataupun menambah nilai kad TNG Enhanced.

Secara kesimpulannya, Infinix Note 30 kehilangan beberapa ciri berikut berbanding Note 30 Pro:

  • Panel paparan AMOLED
  • Kamera utama 108MP
  • Kamera selfie 32MP
  • Pengecasan 68W
  • Pengecasan wayarles 15W
Tags: InfinixInfinix Note 30
Hanif Azrai

Hanif Azrai

POPULAR

SKMM kompaun Awesome TV RM250,000 atas pelbagai kesalahan, termasuk beroperasi tanpa lesen

SKMM kompaun Awesome TV RM250,000 atas pelbagai kesalahan, termasuk beroperasi tanpa lesen

25 Mei 2023
Apple pecah rekod, 8 dari 10 telefon terbanyak dijual tahun lepas adalah iPhone!

[PROMO] iPhone 13, iPhone 12 & iPhone 11 dijual pada harga serendah RM1,999

25 Mei 2023
Pelan Netflix lebih murah dijangka tiba akhir tahun ini, dengan syarat tambahan

10 alternatif penstriman selain Netflix di Malaysia

31 Mei 2023
Kongsi akaun Netflix akan mula dikenakan bayaran tahun hadapan

Netflix Household: Ini caranya untuk berkongsi akaun

26 Mei 2023
Edisi 2023: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

Edisi 2023: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

10 Januari 2023
Tiada momen yang terlepas daripada lensa Galaxy S23 Ultra, ini sebabnya

Tiada momen yang terlepas daripada lensa Galaxy S23 Ultra, ini sebabnya

27 Mei 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER