• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

SKMM kompaun Awesome TV RM250,000 atas pelbagai kesalahan, termasuk beroperasi tanpa lesen

  • OLEH Putra Aziz
  • 2:05 pm
  • 25/05/2023
  • Komen
SKMM kompaun Awesome TV RM250,000 atas pelbagai kesalahan, termasuk beroperasi tanpa lesen
Share on FacebookShare on Twitter

Syarikat penyiaran Awesome TV sebelum ini telah terpalit dengan beberapa kontroversi menyebabkan mereka telah dipanggil dan disiasat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Kini didedahkan bahawa Awesome TV telah dikompaun RM250,000 oleh SKMM atas pelbagai kesalahan yang dilakukan, termasuk beroperasi tanpa lesen yang sah.

Ia didapati Awesome Media Network Sdn Bhd beroperasi menggunakan lesen yang telah dikeluarkan kepada Awesome Broadcasting Sdn Bhd. Sumber yang melaporkan kepada TheVibes mengatakan, kesalahan yang dilakukan sudah memadai untuk SKMM menutup stesen TV tersebut, tapi SKMM memutuskan untuk memberi kompaun sahaja.



Untuk imbas kembali, pada 21 Februari lalu, SKMM telah mengumumkan pembukaan kertas siasatan terhadap Awesome TV di bawah Seksyen 206 akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana gagal mematuhi syarat lesen.

Kemudian pada Mac pula, SKMM mempertimbangkan untuk mengambil tindakan terhadap salah satu syarikat induk Awesome TV, setelah berkemungkinan melanggar Seksyen 36 di bawah akta yang sama. Akta itu melarang pemindahan pemilikan lesen tanpa kelulusan bertulis menteri komunikasi dan multimedia.



Awesome TV dilihat meletakkan diri mereka di bawah pemerhatian pihak berkuasa atas pelbagai kesalahan liputan, termasuk laporan tidak tepat. Atas sebab itu, menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil telah memanggil Awesome TV untuk mesyuarat berhubung enam kesalahan berkaitan penerbitan bahan fitnah.

Fahmi mengatakan Awesome TV telah melakukan kesalahan keenam setelah mendakwa kerajaan merancang untuk memberhentikan 800,000 kakitangan awam. Selain itu, pada November tahun 2022, Berita 7:57 Awesome TV juga menerima kritikan atas menyeru orang Melayu untuk mengundi semasa Pilihan raya umum ke-15 untuk menghalang kaum lain daripada mendapat kuasa.

Menurut TheVibes, semakan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menunjukkan Awesome Media Networks Sdn Bhd yang mengendalikan Awesome TV mempunyai lima pengarah iaitu Datin Ezzan Zalilah Zulfadzli, Irwan Shah Abdullah (D.J. Dave), Datuk Mohamed Ilyas Pakeer Mohamed, Johan Mohamed Isyak, and Datuk Adam Mohamed Ilyas.

[Sumber: TheVibes]

Tags: Awesome TVSKMM
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

22 April 2026
realme C100 5G: Rakan kerja rider yang tahan lasak dengan bateri tahan dua hari

realme C100 5G: Rakan kerja rider yang tahan lasak dengan bateri tahan dua hari

8 May 2026
SKMM kompaun Awesome TV RM250,000 atas pelbagai kesalahan, termasuk beroperasi tanpa lesen

SKMM kompaun Awesome TV RM250,000 atas pelbagai kesalahan, termasuk beroperasi tanpa lesen

25 May 2023
HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

5 May 2026
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN