• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Sony dedah Project Q, konsol yang mampu main game PS5

  • OLEH Putra Aziz
  • 7:24 pm
  • 26/05/2023
  • Komen
Sony dedah Project Q, konsol yang mampu main game PS5
Share on FacebookShare on Twitter

Di acara PlayStation Showcase 2023 yang telah berlangsung, Sony mendedahkan mereka akan melancarkan sebuah konsol yang dinamakan Project Q. Ia membolehkan anda bermain permainan PS5 di mana sahaja, melalui aplikasi Remote Play atau sambungan Wi-Fi.

Menurut Sony, untuk memainkan permainan, permainan perlu tersedia terlebih dahulu di dalam konsol PS5 itu sendiri. Oleh itu, ia lebih kepada aksesori tambahan kepada PS5 kerana hanya menstrim permainan yang dijalankan di PS5 berbanding dimainkan secara terus menerusi konsol itu. Jadi, konsol ini hanya berguna jika anda adalah seorang pemilik PS5.



Berkenaan perkakas konsol Project Q, ia mempunyai skrin LCD dan boleh menjalankan permainan sehingga resolusi 1080p pada 60fps melalui Wi-Fi, dan memiliki ciri yang serupa terdapat pada DualSense PS5 iaitu adaptive trigger dan maklum balas haptik. Secara asasnya ia adalah controller PS5 dengan tambahan skrin.

Take a sneak peek at new accessories revealed at today’s Showcase — the Project Q device for playing games installed on your PS5 and streamed over WiFi, plus our first official wireless earbuds offering lossless audio on PS5 and PC.

More details to come in the months ahead. pic.twitter.com/0nzemSWSCV

— PlayStation (@PlayStation) May 24, 2023

Walau bagaimanapun, Sony ada menyatakan reka bentuk dan spesifikasi tertakluk pada perubahan. Jadi, mungkin versi terakhir konsol ini akan berbeza dari apa yang dipamerkan sekarang.



Sony mengatakan konsol ini akan dilancar di sekitar hujung tahun ini. Tiada maklumat berkaitan harga timbul setakat ini, tapi dijangka ia akan lebih murah berbanding konsol lain yang mempunyai cip khusus tersuai didalamnya seperti Steam Deck ataupun Asus ROG Ally yang baru sahaja dilancarkan.

Jika nak dibandingkan prestasi bersama dua peranti tadi, mungkin konsol Sony ini mempunyai prestasi lebih baik kerana ia menstrim apa yang boleh dikendali oleh PS5. Walaupun ia menyokong sambungan Wi-Fi, Sony tidak memaklumkan sama ada ia akan menyokong sambungan selular atau tidak.

Trend penghasilan konsol pegang tangan nampaknya semakin rancak dengan pengumuman dari Sony ini. Walaupun Project Q ini adalah produk aksesori untuk PS5, tidak mustahil untuk satu hari nanti Sony menghasilkan sebuah konsol dengan cip khusus seperti Steam Deck dan Asus ROG Ally.

[Sumber: TheVerge]

Tags: Project QSonysony playstation 5
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

SKMM kompaun Awesome TV RM250,000 atas pelbagai kesalahan, termasuk beroperasi tanpa lesen

SKMM kompaun Awesome TV RM250,000 atas pelbagai kesalahan, termasuk beroperasi tanpa lesen

25 Mei 2023
Apple pecah rekod, 8 dari 10 telefon terbanyak dijual tahun lepas adalah iPhone!

[PROMO] iPhone 13, iPhone 12 & iPhone 11 dijual pada harga serendah RM1,999

25 Mei 2023
Pelan Netflix lebih murah dijangka tiba akhir tahun ini, dengan syarat tambahan

10 alternatif penstriman selain Netflix di Malaysia

31 Mei 2023
Kongsi akaun Netflix akan mula dikenakan bayaran tahun hadapan

Netflix Household: Ini caranya untuk berkongsi akaun

26 Mei 2023
Edisi 2023: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

Edisi 2023: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

10 Januari 2023
Tiada momen yang terlepas daripada lensa Galaxy S23 Ultra, ini sebabnya

Tiada momen yang terlepas daripada lensa Galaxy S23 Ultra, ini sebabnya

27 Mei 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER