• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Google tambah keupayaan AI di carian, tapi Malaysia belum tersedia untuk daftar

  • OLEH Putra Aziz
  • 2:56 pm
  • 29/05/2023
  • Komen
Google tambah keupayaan AI di carian, tapi Malaysia belum tersedia untuk daftar
Share on FacebookShare on Twitter

Google baru-baru ini telah mengumumkan mereka akan menambah ciri kecerdasan buatan (AI) ke dalam carian Google. Menerusi program yang dinamakan Search Labs, Google akan memberikan akses percubaan awal untuk ciri SGE (Search Generative Experience), keupayaan untuk mencari di carian Google dengan pertolongan AI.

Ciri ini bagaimanapun hanya tersedia untuk mereka yang telah mendaftar untuk program Search Labs, di mana penduduk Malaysia tidak tersedia untuk mendaftar buat masa sekarang. Untuk negara yang tersedia, setelah mendaftar, Google akan memaklumkan menerusi Gmail apabila ciri itu boleh mula digunakan.



Dengan Search Generative Experience, ia akan membantu anda untuk membuat carian dengan lebih mudah dan memberikan ringkasan maklumat tentang apa yang di cari. Hasil carian yang dijana oleh AI akan muncul dalam kotak yang berwarna-warni di antara bar carian dan hasil carian yang biasa yang memautkan link untuk ke web lain.

Google ada memberikan contoh bagaimana AI akan membantu anda untuk membuat carian untuk produk. Sebagai contoh untuk carian speaker Bluetooth, AI akan menyenaraikan beberapa speaker yang terbaik bersama penerangan dan link untuk di mana ia boleh dibeli. Di bahagian kanan atas Google akan meletakkan sumber artikel yang diperoleh.



Selain itu, jika ingin tahu lebih lanjut, pengguna boleh tekan pilihan ‘Ask a follow up question’ di bahagian bawah carian AI.

Ciri yang diperkenal oleh Google boleh dilihat sama dengan apa yang dilakukan oleh Microsoft yang menambah ciri AI untuk enjin carian Bing.

Disebabkan SGE baru dibuka untuk peringkat awal, dijangka masih jauh lagi tarikh untuk pelancaran rasminya. Google sementara itu mengatakan ini adalah langkah pertama mereka dalam menambah keupayaan AI ke carian Google dan akan membuat kemas kini dan naik taraf dari semasa ke semasa.

[Sumber: Google]

Bacaan berkaitan

  • Akaun Google akan dipadam termasuk gambar dan emel, jika tidak aktif selama 2 tahun
  • Google akan tambah ciri Dashcam pada telefon Pixel
  • Apple dan Google bekerjasama untuk menangani penyalahgunaan peranti penjejak Bluetooth seperti AirTag
Tags: aiGoogleSearch Labs
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Google tambah keupayaan AI di carian, tapi Malaysia belum tersedia untuk daftar

Google tambah keupayaan AI di carian, tapi Malaysia belum tersedia untuk daftar

29 May 2023
OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

20 October 2026
Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

21 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN