• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Huawei Band 8 akan dilancar dengan harga promosi RM169 mulai 1 Jun

  • OLEH Najib
  • 12:50 pm
  • 29/05/2023
  • Komen
Huawei Band 8 akan dilancar dengan harga promosi RM169 mulai 1 Jun
Share on FacebookShare on Twitter

Huawei aktif mengeluarkan pelbagai perkakas boleh pakai, antaranya jam pintar dan gelang pintar kecergasan. Bagi memperbaharu tawaran mereka, Huawei Malaysia mengumumkan ketibaan gelang pintar kecergasan, Huawei Band 8 pada awal bulan Jun.

Secara ringkas, Huawei Band 8 akan mengganti kedudukan Huawei Band 7 yang dilancar tahun lepas. Rupa fizikal dan perkakas di dalamnya kelihatan tidak banyak berubah. Hanya warna dilihat diperbaharui kali ini.



Harga dan promosi Huawei Band 8

Menurut Huawei Malaysia, Huawei Band 8 akan mula dijual di pasaran tempatan mulai 6 Jun 2023. Harga rasminya telah ditetapkan pada RM219.

Promosi tempahan awal pula akan dibuka antara 1 hingga 5 Jun 2023. Pembeli dalam tempoh promosi ini, layak menerima diskaun sebanyak RM50. Menjadikan harganya cuma RM169 dalam tempoh 5 hari promosi. Mereka yang berminat, boleh membuat tempahan awal di Stor Rasmi Huawei di Lazada.



Spesifikasi Huawei Band 8

Huawei Band 8 menampilkan skrin yang besar di dalam badan seringan 14 gram. Ia dilengkapi skrin sentuh AMOLED segi empat tepat berukuran 1.47-inci, dengan resolusi tinggi 268×194 dan fungsi sentiasa hidup (AOD). Skrin ini melengkung 2.5D di sisi dengan bingkai sangat nipis.

Sebagai gelang pintar, pengguna diberi pilihan lebih 10,000 muka jam untuk diubahsuai mengikut kegemaran. Ia boleh dimuat turun menerusi aplikasi Huawei Themes.

Selain itu, fungsi kecergasan terdapat di jam ini melalui sensor seperti Huawei TruSeen 5.0 bagi memantau degupan jantung pengguna. Ia juga boleh memantau waktu tidur, kandungan oksigen dalam darah, tahap tekanan mental, kitaran fisiologi wanita dan banyak lagi.

Hayat bateri juga panjang. Huawei Band 8 boleh hidup sehingga 14 hari dengan sekali cas, atau 9 hari dalam mod pintar biasa. Dengan keupayaan pengecasan pantas, mengecas 5 minit memberi masa hidup sehingga 2 hari. Manakala cas penuh mengambil masa hanya 45 minit.

Untuk aktiviti kecergasan, Huawei Band 8 dilengkapi 100 mod kecergasan termasuk berlari, berbasikal, berenang dan melompat. Ia juga kalis air sehingga 5 ATM, mampu masuk ke dalam air sedalam 50 meter selama 10 minit.

Huawei Band 8 serasi digunakan dengan peranti Android 6.0 dan ke atas, iOS 9.0 ke atas serta EMUI 5.0 ke atas. Ia berhubung menerusi sambungan Wifi 2.4Ghz dan Bleutooth 5.0.

Sebanyak tiga warna pilihan disediakan untuk Huawei Band 8 iaitu hitam, merah jambu dan hijau. Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Huawei Band 8.

Bacaan Berkaitan

  • Huawei Buds 5: Fon putik berbentuk unik sesuai untuk P60 Pro dan Mate X3 anda
  • Huawei Mate X3 Malaysia: Akhirnya boleh duduk sebaris dengan Galaxy Z Fold 4, harganya RM8,888
  • Huawei P60 Pro Malaysia: Kamera dengan teknologi XMAGE pada harga bermula RM4,699
  • Huawei Watch Buds boleh didapati di Malaysia pada harga RM2,199
  • Huawei Watch GT Cyber, jam tangan dengan bekas boleh tukar kini di Malaysia pada harga bermula RM999
Tags: HuaweiHuawei Band 8
Najib

Najib

POPULAR

Huawei Band 8 akan dilancar dengan harga promosi RM169 mulai 1 Jun

Huawei Band 8 akan dilancar dengan harga promosi RM169 mulai 1 Jun

29 May 2023
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

4 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN