• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

NPC yang diperkasa Nvidia ACE ini guna AI untuk bersembang dengan anda

  • OLEH Hanif Azrai
  • 6:04 am
  • 30/05/2023
  • Komen
NPC yang diperkasa Nvidia ACE ini guna AI untuk bersembang dengan anda
Share on FacebookShare on Twitter

Dalam pembentangan menjangkau sejam oleh Jensen Huang, pengasas dan juga CEO Nvidia, pelbagai perkara-perkara baharu berasaskan AI diumumkan. Antara yang menarik perhatian adalah penggunaan generative AI dalam pembangunan permainan video. Nvidia Avatar Cloud Engine (ACE) adalah peralatan baharu yang ditawarkan kepada pembangun permainan bagi memberi nafas baharu kepada non-playable character (NPC).

Perkara yang boleh dicapai adalah reaksi NPC terhadap pemain disuaikan dengan keadaan semasa tanpa perlukan pembangun permainan menetapkan secara khusus sewaktu pembangunan. Ia menjadikan reaksi NPC berasaskan AI adalah unik untuk setiap pemain lantas menjadikan permainan video beradaptasi dengan input daripada pemain secara dinamik.



Dibangunkan bertunjangkan Nvidia Omniverse, ACE terdiri daripada beberapa komponen yang berharmoni antara satu sama lain iaitu Nvidia NeMo, kerangka model AI yang boleh disuaikan dengan keperluan. Contohnya, maklumat latar boleh ditetapkan bagi memastikan AI sentiasa menjana kandungan yang bertepatan dengan hasrat pembangun dan tidak menjana kandungan yang terlalu rawak.

Komponen kedua adalah Nvidia Riva, bahagian yang bertanggung jawab menukar teks kepada pertuturan. Komponen terakhir adalah Nvidia Omniverse Audio2Face, komponen yang tugasnya menjana animasi reaksi muka bersumberkan audio.



Para pembangun permainan sudahpun mula menguji ACE di dalam permainan masing-masing. Contohnya, pembangun S.T.A.L.K.E.R. 2: Heart of Chernobyl hadir dengan trailer permainan dan bahagian dialog bersama NPC adalah hasil penggunaan Audio2Face.

Sumber: Nvidia

Tags: aigamingNvidianvidia ace
Hanif Azrai

Hanif Azrai

POPULAR

Hanya tablet yang boleh berhubung terus dengan telefon layak digelar tablet terbaik

Cara kerja moden lebih maju menggunakan tablet generasi baru

15 September 2023
Guna cara moden ini untuk dapatkan tidur berkualiti dan gaya hidup sihat

Guna cara moden ini untuk dapatkan tidur berkualiti dan gaya hidup sihat

15 September 2023
Xiaomi 13T, telefon termurah dengan kamera Leica & kalis air IP68

Xiaomi 13T Pro tiada lagi Snapdragon, telefon 1TB pertama Xiaomi dan dijamin kemaskini 5 tahun

26 September 2023
NPC yang diperkasa Nvidia ACE ini guna AI untuk bersembang dengan anda

NPC yang diperkasa Nvidia ACE ini guna AI untuk bersembang dengan anda

30 Mei 2023
Realme C51 akan dilancar, telefon RM500 dengan ciri terhebat iPhone 15?

Realme C51 akan dilancar, telefon RM500 dengan ciri terhebat iPhone 15?

26 September 2023
Xiaomi 13T, telefon termurah dengan kamera Leica & kalis air IP68

Xiaomi 13T & Xiaomi 13T Pro: Harga Malaysia kini lebih murah, ada storan 1TB dan jaminan 2 tahun

26 September 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER