• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

HyperX Cloud III dengan DTS Spatial Audio masuki Malaysia pada RM399

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:28 pm
  • 31/05/2023
  • Komen
HyperX Cloud III dengan DTS Spatial Audio masuki Malaysia pada RM399
Share on FacebookShare on Twitter

HyperX tidaklah membuka reruai di dalam ruang pameran Computex 2023 tapi mereka telah membangunkan khemah pameran di satu lokasi lain.

Di sana, mereka mempamerkan headset yang baru saja dilancarkan seminggu sebelum Computex iaitu HyperX Cloud III. Ia adalah sesuatu yang dialu-alukan kerana versin sebelum ini sudahpun berada dalam pasaran seawal 2015 dulu ataupun 7 tahun perbezaan masa.



Ada beberapa perubahan dan naik taraf dibawakan pada generasi baharu menambah baik pengalaman pengguna. Setelah menggunakannya untuk kira-kira 30 minit di reruai HyperX, memang terasa yang pad telinga dan pad penekap kepala terasa lebih lembut dan kemas mendakap kepala.

Didapati juga yang bahagian mikrofon kini menggunakan penyaring pop daripada jaring besi berbanding busa pada generasi terdahulu. Ia semenstinya nampak lebih kemas tetapi keberkesanannya tidak pula saya yakin kerana bagaimana besi boleh menyerap bunyi lebih baik daripada busa? Mikrofon juga kini dilengkapi butang fizikal untuk tujuan mute supaya percakapan tidak didengari secara tak sedar.



Walaupun pemacu bersaiz sama digunakan iaitu yang bersaiz 53mm, HyperX memaklumkan yang unit speakernya direka sedikit herot untuk memastikan bunyi sampai ke teliga penumpang. Untuk menerima isyarat daripada bunyi, pengguna boleh manfaatkan sambungan USB-C, USB-A, ataupun jek audio 3.5mm.

Buat peminat jenama HyperX, Cloud III akan mula dijual dalam pasaran Malaysia pada 6 Jun 2023 pada harga RM399 seunit. Maklumat lanjut boleh didapati melalui laman rasmi produk. Headfon ini dilindungi jaminan selama 2 tahun.

Tags: audiocomputexcomputex 2023hyperxhyperx cloud 3
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

27 January 2026
Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

6 February 2026
HyperX Cloud III dengan DTS Spatial Audio masuki Malaysia pada RM399

HyperX Cloud III dengan DTS Spatial Audio masuki Malaysia pada RM399

31 May 2023
Dongfeng Vigo dilancar di Malaysia, SUV elektrik kompak RM100k saingi BYD Atto 2

Dongfeng Vigo dilancar di Malaysia, SUV elektrik kompak RM100k saingi BYD Atto 2

5 February 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
SARA RM100 dikreditkan hari ini, kini terpakai untuk makanan sejuk beku

SARA RM100 dikreditkan hari ini, kini terpakai untuk makanan sejuk beku

9 February 2026

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER