• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

WhatsApp kini boleh digunakan pada lebih daripada satu iPhone

  • OLEH Putra Aziz
  • 2:54 pm
  • 31/05/2023
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

WhatsApp pada bulan lepas telah mengumumkan ciri baharu dimana pengguna boleh menggunakan WhatsApp di empat telefon pintar serentak. Walau bagaimanapun, ciri itu rupanya hanya tersedia untuk pengguna Android sahaja, walaupun tidak dinyatakan oleh WhatsApp. Tapi sekarang, WhatsApp dilaporkan telah melancarkan ciri ini untuk pengguna iOS pula.

Ia setelah ditemukan oleh WABetainfo di perubahan log rasmi untuk kemas kini terbaru WhatsApp iOS 23.10.76 di App Store. Selain itu, kemas kini tersebut memperlihatkan ciri lain yang akan datang iaitu mengekalkan mesej daripada hilang dan ciri auto main GIF.



Jikalau anda menerima kemas kini tersebut, anda akan nampak pilihan ‘link this device to an existing account’ semasa ingin mendaftar WhatsApp di aplikasi baru. Jika tekan pilihan itu, ia akan memaparkan kod QR dan anda boleh mengimbas menggunakan telefon utama anda. Caranya lebih kurang sama seperti anda pautkan WhatsApp ke laptop.

Selepas memautkan akaun WhatsApp anda ke iPhone lain, segala sejarah chat akan diselaraskan di semua peranti yang dipautkan. Namun, beberapa ciri masih tidak tersedia pada peranti yang dipautkan. Ini termasuk keupayaan untuk mengurus senarai siaran dan memuat naik status. Perkara yang sama yang terjadi untuk WhatsApp di Android.



Fungsi ini dimaklumkan akan diterima oleh pengguna dalam beberapa minggu akan datang. Jadi, jangan pelik jika anda tidak dapat menggunakannya serta merta. Penambahan ciri ini dapat dilihat bermanfaat bagi mereka yang menggunakan beberapa peranti secara serentak, serta mereka yang menguruskan akaun WhatsApp perniagaan.

[Sumber: WABetaInfo]

Bacaan berkaitan

  • WhatsApp Beta sedang uji ciri username unik untuk gantikan nombor telefon
  • WhatsApp tambah ciri edit mesej, tapi ada masa had selepas dihantar
  • Ciri baharu Whatsapp: Kata laluan untuk mesej anda yang paling peribadi
Tags: appleiphonewhatsapp
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

WhatsApp kini boleh digunakan pada lebih daripada satu iPhone

31 May 2023
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

1 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN