• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Samsung Neo QLED 2023: Barisan TV QLED tercanggih dengan resolusi 8K tiba di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 4:32 pm
  • 01/06/2023
  • Komen
Samsung Neo QLED 2023: Barisan TV QLED tercanggih dengan resolusi 8K tiba di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung merupakan pengeluar skrin antara terbaik di dunia dan mereka turut menjual pelbagai model berkaitan seperti TV, monitor, tablet dan banyak lagi. Samsung Malaysia baru-baru ini mengumumkan ketibaan barisan TV terbaik mereka, TV Neo QLED 2023 dalam pelbagai saiz, serta resolusi sehingga 8K.

Harga dan Promosi

Dalam pelancaran ini, Samsung Malaysia menampilkan sebanyak 4 saiz skrin untuk barisan baru TV Neo QLED 2023 iaitu 55-inci, 65-inci, 75-inci dan 85-inci. Di samping itu, pembeli terawal akan menerima hadiah percuma iaitu soundbar Samsung bernilai sehingga RM6,499. Ia ditawarkan di Stor Online Samsung Malaysia sehingga 11 Jun 2023.



Berikut adalah harga dan hadiah percuma yang diberikan mengikut model TV:

Siri Neo QLED 8K QN900C



  • 85-inci – RM43,699 [PERCUMA Q-Series Soundbar HW-Q990C bernilai RM6,499]
  • 75-inci – RM28,699 [PERCUMA Q-Series Soundbar HW-Q930C bernilai RM4,999]
  • 65-inci – RM21,699 [PERCUMA Q-Series Soundbar HW-Q930C bernilai RM4,999]

Siri Neo QLED 8K QN800C

  • 85-inci – RM32,699 [PERCUMA Q-Series Soundbar HW-Q8000C bernilai RM3,999]

Siri Neo QLED 8K QN700C

  • 75-inci – RM18,199 [PERCUMA FREE Q-Series Soundbar HW-Q700C bernilai RM2,999]
  • 65-inci – RM15,199 [PERCUMA FREE Q-Series Soundbar HW-Q700C bernilai RM2,999]

Siri Neo QLED 4K QN95C

  • 85-inci – RM24,199 [PERCUMA Q-Series Soundbar HW-Q600C bernilai RM2,599]
  • 75-inci – RM19,199 [PERCUMA Q-Series Soundbar HW-Q600C bernilai RM2,599]
  • 65-inci – RM13,399 [PERCUMA Q-Series Soundbar HW-Q600C bernilai RM2,599]
  • 55-inci – RM11,199 [PERCUMA Q-Series Soundbar HW-Q600C bernilai RM2,599]

Siri Neo QLED 4K QN85C

  • 85-inci – RM18,599 [PERCUMA Q-Series Soundbar HW-Q600C bernilai RM2,599]
  • 75-inci – RM13,599 [PERCUMA Q-Series Soundbar HW-Q600C bernilai RM2,599]
  • 65-inci – RM9,599 [PERCUMA Q-Series Soundbar HW-Q600C bernilai RM2,599]

Siri Neo QLED 4K Q80C

  • 85-inci – RM15,199 [PERCUMA Soundbar HW-B650 bernilai RM1,499]
  • 75-inci – RM11,199 [PERCUMA Soundbar HW-B650 bernilai RM1,499]
  • 65-inci – RM7,199 [PERCUMA Soundbar HW-B650 bernilai RM1,499]
  • 55-inci – RM5,999 [PERCUMA Soundbar HW-B650 bernilai RM1,499]

Kehebatan TV Samsung Neo QLED 2023

Pengalaman terhebat 8K di TV Samsung NEO QLED dikuasakan oleh pemproses Neural Quantum 8K yang memanfaatkan kecerdasan pintar (AI)dan teknologi pembelajaran mesin untuk menghasilkan kejituan dan ketelitian dalam setiap piksel. Ia dibantu dengan pelbagai teknologi termaju seperti Auto HDR Remastering, Real Depth Enhancer Pro dan Perceptional Color Mapping.

Samsung turut menerapkan fungsi EyeComfort Mode di mana ia mengurangkan cahaya biru dan secara automatik menetapkan tahap kecerahan yang bersesuaian mengikut kandungan yang dipaparkan. Dengan ini, pengguna boleh menonton berjam-jam lamanya tanpa merasa letih di mata.

Paparan sahaja tidak mencukupi. Pengalaman menonton terhebat perlu dipadankan bersama sistem bunyi yang memukau. Teknologi bunyi Dolby Atmos memastikan bunyi sekeliling lebih hidup dapat dirasai pada setiap sudut. Adaptive Sounds Pro pula memastikan bunyi dapat dihasilkan semula dengan penuh menawan menerusi pemproses audio pintar.

Tidak cukup dengan itu, TV Samsung NEO QLED turut memberikan pengalaman bermain game yang hebat. Gaming Hub di dalamnya membolehkan pelbagai tajuk permainan dimainkan terus di TV, termasuk penstriman premium, keserasian peralatan permainan dan peningkatan skala resolusi secara pintar. Ini termasuk sokongan Motion Xcelerator Turbo Pro dan FreeSync Premium Pro untuk pengalaman permainan sehingga 4K 120Hz yang responsif dan sangat hidup.

Untuk mengenali dengan lebih lanjut, layari laman TV Samsung Neo QLED 2023.

Tags: samsungSamsung Neo QLEDsamsung tv
Najib

Najib

POPULAR

Hanya tablet yang boleh berhubung terus dengan telefon layak digelar tablet terbaik

Cara kerja moden lebih maju menggunakan tablet generasi baru

15 September 2023
Guna cara moden ini untuk dapatkan tidur berkualiti dan gaya hidup sihat

Guna cara moden ini untuk dapatkan tidur berkualiti dan gaya hidup sihat

15 September 2023
Xiaomi 13T, telefon termurah dengan kamera Leica & kalis air IP68

Xiaomi 13T Pro tiada lagi Snapdragon, telefon 1TB pertama Xiaomi dan dijamin kemaskini 5 tahun

26 September 2023
Samsung Neo QLED 2023: Barisan TV QLED tercanggih dengan resolusi 8K tiba di Malaysia

Samsung Neo QLED 2023: Barisan TV QLED tercanggih dengan resolusi 8K tiba di Malaysia

1 Jun 2023
Realme C51 akan dilancar, telefon RM500 dengan ciri terhebat iPhone 15?

Realme C51 akan dilancar, telefon RM500 dengan ciri terhebat iPhone 15?

26 September 2023
Xiaomi 13T, telefon termurah dengan kamera Leica & kalis air IP68

Xiaomi 13T & Xiaomi 13T Pro: Harga Malaysia kini lebih murah, ada storan 1TB dan jaminan 2 tahun

26 September 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER