Jam pintar antara peranti yang sering digunakan kebanyakan orang untuk menjadi penjejak kecergasan, menerima notifikasi dari telefon dan yang lebih penting untuk menentukan masa. Tapi pernah tak anda terfikir untuk membeli sebuah jam pintar untuk dijadikan sebagai peneman seharian anda, tapi tidak mempunyai bajet mencukupi untuk membeli jam pintar seperti Apple Watch, Samsung Galaxy Watch, atau jam pintar Suunto dan Garmin?
Anda berada di video yang tepat kerana saya akan senaraikan jam pintar yang anda boleh dapati pada harga sangat mampu milik, tapi tak kurang ciri-cirinya. Di sini saya kongsikan senarai 5 jam pintar terbaik bawah RM500.
1. Redmi Watch 3 – RM379
Pertama dalam senarai adalah jam pintar dari Redmi iaitu Redmi Watch 3. Ia boleh dikatakan masih baru lagi kerana baru sahaja dilancarkan pada disember tahun lepas. Badan jam ini berbentuk kotak, dengan skrin AMOLED 1.75 inci dengan kecerahan puncak pada 600 nits. Baterinya mempunyai kapasiti 289mAh dan boleh bertahan sehingga 12 hari.
Antara ciri menarik yang ada pada Redmi Watch 3 ini adalah ia dilengkapi ciri sleep tracking. Ia boleh menjejak tidur pada peringkat berbeza seperti tidur nyenyak, tidur ringan dan fasa REM iaitu semasa anda bermimpi. Jam ini juga boleh monitor SpO2 oksigen dalam darah dan memantau kadar degupan jantung setiap masa. Untuk kegunaan kecergasan, jam ini memiliki lebih 120 mod senaman antaranya, berlari, berbasikal, mendaki dan berenang.
Apabila ada mod berenang, sudah tentu jam ini ada kekalisan air 5ATM dan terdapat GPS terbina di dalam jam. Lebih menarik, ia ada mikrofon dan speaker, jadi bolehlah anda membuat panggilan atau jawab panggilan. Redmi Watch 3 boleh didapati pada harga serendah RM379.
Anda boleh dapatkannya di Lazada dan Shopee.
2. Amazfit GTS 4 mini – RM395
Kedua dalam senarai adalah sebuah jam pintar dari jenama Amazfit, iaitu Amazfit GTS 4 mini. Untuk luarannya, ia berbadan segi empat dan menggunakan skrin AMOLED 1.65 inci. Jam ini mengambil masa 2 jam untuk mengecas penuh dan penggunaan jam boleh bertahan sehingga 15 hari dengan penggunaan biasa.
Jam ini ada juga dimuatkan ciri sleep tracking untuk memantau peringkat tidur berbeza dan menjejak kualiti pernafasan ketika tidur. Ciri ukur kesihatan yang ada pada jam ini adalah keupayaan menguji kadar degupan jantung, SpO2 atau saturasi oksigen dalam darah dan tahap tekanan. Macam mana pula dengan mod kecergasan? Terdapat sebanyak 126 mod untuk kecergasan termasuk mod seperti berjalan, berlari, berbasikal, Elips, mendayung dan banyak lagi.
Ia juga mempunyai sokongan GPS dani kekalisan air 5ATM tapi, malangnya tidak menyokong untuk menjawab panggilan, sebaliknya hanya memberi notifikasi untuk pengguna abai atau menolak panggilan. Amazfit GTS 4 mini boleh dibeli dengan harga RM395.
Anda boleh dapatkannya di Lazada dan Shopee.
3. DIZO Watch Talk R Go – RM399
Seterusnya adalah DIZO Watch Talk R Go. DIZO merupakan sebuah jenama dari realme dan menawarkan banyak jam pintar pada harga berpatutan. Dizo Watch Talk R Go ini didatangkan dalam berbentuk bulat dengan menggunakan skrin TFT 1.39 inci pada kecerahan puncak 550 nits. Ia dimuatkan bateri berkapasiti 300mAh dan mengambil masa 2 jam untuk mengecas penuh. Hayat bateri boleh bertahan sehingga 10 hari untuk penggunaan biasa.
Seperti jam yang lain dalam senarai, jam ini juga dilengkapkan ciri pemantauan kesihatan kadar degupan jantung, saturasi oksigen dalam darah atau SpO2, pemantauan emosi dan tekanan, serta ada juga ciri penjejak tidur dan kalori. Bagi penjejak kecergasan, jam ini dimuatkan lebih 110 mod dan seperti berlari, berjalan, berbasikal, berenang dan mendaki. Sudah memadai untuk menjejak aktiviti bersukan bagi mengekalkan anda sentiasa aktif.
Tahap kekalisan airnya adalah 5ATM jadi anda boleh basuh dan berenang dengan jam ini tanpa risau. Kelebihan yang terdapat pada jam ini adalah keupayaan untuk membuat panggilan telefon. Oleh itu, tiada ciri GPS di jam ini, jadi anda perlu bawa telefon bersama anda untuk menggunakan GPS. Dizo Watch R Talk Go boleh didapati dengan harga RM399.
Anda boleh dapatkannya di Lazada dan Shopee.
4. Realme Watch 3 – RM259
Realme Watch 3 ini didatangkan dengan skrin paling besar dalam senarai iaitu 1.8 inci jenis TFT LCD dan menyokong kecerahan puncak sehingga 500 nits. Untuk bahagian bateri, tenaganya disalur oleh bateri berkapasiti 340mAh, agak besar tapi hanya beri masa penggunaan sehingga 7 hari sahaja. dan untuk mengecas penuh, ia mengambil masa lebih kurang 2 jam 30 minit.
Realme Watch 3 ini juga dilengkapi ciri untuk memantau tidur malam anda termasuk tidur nyenyak, tidur ringan dan semasa fasa REM iaitu mimpi. Selain itu, untuk ciri kesihatan pula, terdapat sensor untuk memantau kadar degupan jantung ketika anda bersenam, sp02 berterusan dan kadar tekanan dan emosi mengikut keberubahan kadar jantung. Berkenaan mod pula ia dimuatkan lebih 110 mod kecergasan berbeza antaranya berlari, berjalan, badminton, yoga, bola sepak dan banyak lagi.
Jam ini mempunyai penarafan IP68 dan lebih penting, ia mampu menjawab panggilan dan ada algoritma pembatalan hingar menggunakan AI, membolehkan suara lebih jelas untuk didengar dan ciri terbina Smart Power Amplifier beri peningkatan pada kualiti bunyi. Walau bagaimanapun, untuk model ini tidak dilengkapi dengan GPS. Kalau anda nak yang ada GPS, boleh dapatkan realme watch 3 Pro. Untuk realme watch 3, ia boleh didapati pada harga RM259.
Anda boleh dapatkannya di Lazada dan Shopee.
5. Mibro Watch GS – RM239
Akhir sekali dalam senarai adalah Mibro Watch GS. Untuk pengetahuan anda, Mibro adalah syarikat berkait dengan Xiaomi dan ia menawarkan barisan jam pintar yang sarat dengan ciri-ciri, tapi pada harga sangat mampu milik. Mibro Watch GS ni adalah jam yang boleh didapati termurah dalam senarai, ia didatangkan dengan skrin AMOLED 1.43 inci. Baterinya pula berkapasiti 460mAh, bateri terbesar antara semua jam dalam senarai dan ia memberikan masa penggunaan sehingga 24 hari, 2 kali ganda lebih panjang dari apa yang ditawarkan jam lain dalam senarai.
Walaupun dengan harga murah, jam Mibro Watch GS ini dilengkapi ciri pemantauan kesihatan seperti mengukur kadar degupan jantung, tidur, sp02 dan tekanan. Tapi ia cuma dilengkapkan dengan 70 mod kecergasan, bagi saya sudah memadai untuk memenuhi keperluan kecergasan yang sering dilakukan oleh kebanyakan orang.
Terdapat juga ciri kalis air 5ATM membolehkan anda bebas bersukan sama ada dalam air atau ketika hujan serta juga ada sokongan GPS. Walau bagaimanapun, untuk menjawab panggilan, jam ini tidak mempunyai mikrofon dan speaker. Ia hanya boleh beri notifikasi untuk panggilan yang masuk. Mibro Watch GS dijual pada harga RM259, tapi anda boleh dapati serendah RM239 sahaja di Shopee.
Anda boleh dapatkannya di Lazada dan Shopee.