• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

WhatsApp sedang uji ciri baru untuk hantar gambar di iOS dan Android, apakah ia?

  • OLEH Putra Aziz
  • 2:59 pm
  • 08/06/2023
  • Komen
WhatsApp sedang uji ciri baru untuk hantar gambar di iOS dan Android, apakah ia?
Share on FacebookShare on Twitter

Tidak lama lagi WhatsApp mungkin akan menambah satu ciri baru membolehkan anda menghantar gambar dalam kualiti yang lebih baik. Ciri itu memberikan pilihan sama ada gambar dihantar dalam resolusi HD atau standard. WABetaInfo menjumpai pembangunan ciri ini dalam kemas kini Beta iOS 23.11.0.76 dan Android 2.23.12.13.

Tangkap layar oleh WABetaInfo ada menunjukkan bagaimana ciri ini berfungsi. Apabila menghantar gambar, di bahagian tetapan gambar di atas akan muncul pilihan baru iaitu HD. Memilih pilihan itu akan membawa keluar menu di mana pengguna boleh pilih untuk menghantar gambar secara HD atau tidak.



Menurut WABetaInfo, pilihan ini hanya akan muncul jika anda menghantar gambar dalam saiz yang besar. Jadi untuk gambar dalam saiz kecil, pilihan kualiti gambar tidak akan tersedia. Perlu tahu bahawa gambar bersaiz besar tidak dihantar dalam kualiti asal kerana pilihan HD hanya mengekalkan dimensi gambar, jadi sedikit mampatan masih dilakukan kepada piksel gambar.

Selain itu, gambar yang dihantar menggunakan ciri ini akan ditanda HD di bahagian bawah gambar untuk penerima membezakan gambar yang dihantar dalam kualiti yang lebih baik. Tapi ciri ini dihadkan untuk gambar sahaja, dan untuk video, ia masih akan dihantar dalam format mampat melainkan video dihantar dalam bentuk dokumen. Ciri HD ini juga tidak tersedia untuk gambar yang dikongsi di status WhatsApp.



Pilihan menghantar gambar HD ini buat masa sekarang dikeluarkan untuk beberapa penguji beta di Android dan iOS, dan akan disediakan kepada lebih ramai penguji beta dalam beberapa minggu lagi.

[Sumber: WABetaInfo]

Bacaan berkaitan

  • WhatsApp uji ciri kongsi skrin, tapi maklumat yang dipapar boleh diakses oleh mereka
  • WhatsApp kini boleh digunakan pada lebih daripada satu iPhone
  • WhatsApp Beta sedang uji ciri username unik untuk gantikan nombor telefon
Tags: whatsapp
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

27 January 2026
Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

6 February 2026
WhatsApp sedang uji ciri baru untuk hantar gambar di iOS dan Android, apakah ia?

WhatsApp sedang uji ciri baru untuk hantar gambar di iOS dan Android, apakah ia?

8 June 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Dongfeng Vigo dilancar di Malaysia, SUV elektrik kompak RM100k saingi BYD Atto 2

Dongfeng Vigo dilancar di Malaysia, SUV elektrik kompak RM100k saingi BYD Atto 2

5 February 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER