• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Vivo Y36, telefon Semporna dengan 5G termurah keluaran Vivo

  • OLEH Najib
  • 4:05 pm
  • 09/06/2023
  • Komen
Vivo Y36, telefon Semporna dengan 5G termurah keluaran Vivo
Share on FacebookShare on Twitter

Tidak lama lagi, Vivo Malaysia akan melancarkan telefon pintar 5G mereka yang paling mampu dmiliki, Vivo Y36. Ia merupakan naik taraf kecil daripada Vivo Y35 yang dilancar tahun lepas, dengan tambahan sokongan 5G.

Vivo Y36 akan membawa satu tarikan unik, iaitu warna Semporna Hijau. Ia diilhamkan daripada warna air laut jernih yang sering kelihatan di pulau Semporna, Sabah.



Tarikh pelancaran Vivo Y36 5G

Orang ramai dan peminat boleh menyaksikan majlis pelancaran Vivo Y36, yang akan diadakan pada hari Selasa, 13 Jun 2023 menerusi pelbagai platform rasmi Vivo Malaysia, termasuk Facebook dan YouTube. Acara ini akan bermula pukul 3 petang dan ia turut menawarkan hadiah eksklusif untuk dimenangi penonton siaran langsung tersebut.

Sebagai rujukan, Vivo Y36 dilancarkan tahun lepas pada harga RM1,099. Ia dikuasakan cip Snapdragon 680 4G, RAM 8GB dan storan 256GB. Skrinnya jenis LCD, berukuran 6.58-inci HD Penuh 90hz. Kamera utamanya 50MP dan dilengkapi bateri 5,000mAh serta menyokong pengecasan pantas 44W.



Mungkinkah Vivo Y36 5G dengan spesifikasi hampir sama tetapi ditambah 5G, dijual di bawah RM1,000? Kita tunggu pelancarannya minggu hadapan.

Spesifikasi Vivo Y36 5G

Menurut Vivo Malaysia, Vivo Y36 dihasilkan untuk menarik perhatian orang ramai menerusi warna Semporna Hijau yang menawan. Ia memiliki skrin melengkung 2.5D berukuran 6.64-inci, dengan lubang kecil di dahi. Pengguna dijanjikan hasil kamera yang menawan, menerusi kamera utama 50MP di belakang.

Harga yang akan ditawarkan untuk Vivo Y36 akan sangat berbaloi kerana ia dilengkapi storan besar 256GB. Selain itu, RAM sebanyak 8GB di dalamnya boleh diperluaskan sehingga 8GB secara maya, menjadikan keseluruhan RAM kepada 16GB. Ini melancarkan proses berbilang aplikasi dijalankan serentak.

Tenaga Vivo Y36 diperoleh daripada bateri berkapasiti 5,000mAh, menjanjikan masa penggunaan peranti yang panjang. Ia boleh dicas pantas kerana menyokong pengecasan FlashCharge 44W menerusi USB-C, mampu mengecas dari 0-29% dalam masa 15 minit.

Bacaan Berkaitan

  • Vivo Y35, peranti mampu milik dengan RAM boleh diluaskan sehingga 16GB
  • Vivo V27 dilancar dengan kamera swafoto 50MP autofokus dan pengecas 66W
  • Vivo V27e dengan kamera 64MP boleh didapati pada harga RM1,299
  • Siri Vivo X90: Telefon Dimensity termahal Malaysia, diperkasa cip khas Vivo V2
Tags: vivoVivo Y36
Najib

Najib

POPULAR

Vivo Y36, telefon Semporna dengan 5G termurah keluaran Vivo

Vivo Y36, telefon Semporna dengan 5G termurah keluaran Vivo

9 June 2023
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN