• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Xiaomi Malaysia pilih 20 Jun 2023 untuk bawa masuk Xiaomi 13 Ultra

  • OLEH Hanif Azrai
  • 1:05 pm
  • 12/06/2023
  • Komen
Xiaomi 13 Ultra berteknologi Leica diumum di China dengan empat kamera 50MP
Share on FacebookShare on Twitter

Xiaomi Malaysia melalui saluran Facebook mereka, telah mengutuskan pemakluman tentang ketibaan Xiaomi 13 Ultra berteknologi Leica ke dalam pasaran ini pada 20 Jun 2023 hari Selasa.

Buat yang terlepas berita, Xiaomi 13 Ultra dilancarkan dalam pasaran China pada pertengahan April 2023 lalu dan ini adalah kali pertama varian Ultra dijual di luar pasaran China.



Antara perkara menarik tentang XIaomi 13 Ultra adalah pada teknologi kamera hasil kerjasama bersama Laica. Bermula dengan komponen fizikal, semua kamera belakang Xiaomi 13 Ultra mengguna pakai sensor 50MP. Kamera utama gunakan sensor IMX989 1” manakala baki 3 kamera lain adalah IMX858.

Ia juga memiliki panel paparan tercerah dalam industri setakat ini iaitu 2,600 nits. Ia menewaskan Oppo Find X6 Pro dan iPhone 14 Pro Max. Panel paparan OLED itu dilindungi kaca Corning Gorilla Glass Victus.



Panel paparan 2K OLED dipadankan dengan sistem audio yang sama hebat. Pada Xiaomi 13 Ultra, bakal pemiliknya akan temui konfigurasi speaker stereo yang menyokong teknologi Dolby Atmos. Ia turut menyokong kodek Hi-Res Audio sama ada secara berkabel ataupun wayarles.

Xiaomi 13 Ultra dilengkapi sistem bateri berkapasiti 5,000mAh. Ia menyokong pengecasan pantas 90W yang katanya boleh mengisi telefon ini daripada sifar kepada 100% dalam masa 34 minit sahaja bila pengecas berkabel digunakan. Tanpa kabel, ia boleh dicas secara wayarles daripada sifar kepada 100% dalam masa 49 minit.

Flagsip 2023 Xiaomi ini diperkasa SoC Snapdragon 8 Gen 2. Sebanyak 3 kombinasi RAM dan storan ditawarkan iaitu RAM 12GB + Storan 256GB, RAM 16GB + Storan 512GB, ataupun RAM 16GB + Storan 1TB.

Berikut adalah harga Xiaomi 13 Ultra di China:

  • RAM 12GB + Storan 256GB – CNY 5,999 (RM3,865)
  • RAM 16GB + Storan 512GB – CNY 6,499 (RM4,187)
  • RAM 16GB + Storan 1TB – CNY 7,299 (RM4,703)

Bacaan berkaitan

DXOMark letak Xiaomi 13 Ultra di tangga ke-14, dibelakang iPhone 13 Pro

Xiaomi 13 Ultra berteknologi Leica diumum di China dengan empat kamera 50MP

Sumber: Xiaomi

Tags: androidmobiletelefonxiaomixiaomi 13 ultra
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Xiaomi 13 Ultra berteknologi Leica diumum di China dengan empat kamera 50MP

Xiaomi Malaysia pilih 20 Jun 2023 untuk bawa masuk Xiaomi 13 Ultra

12 June 2023
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN