• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Yes 5G ajak orang ramai berlari dengan lampu neon untuk menerangi kawasan dengan liputan 5G

  • OLEH Najib
  • 11:59 pm
  • 13/06/2023
  • Komen
Yes 5G ajak orang ramai berlari dengan lampu neon untuk menerangi kawasan dengan liputan 5G
Share on FacebookShare on Twitter

Yes 5G dengan Kerjasama Brand New Waves Running Club dan WE ARE KIX, menganjurkan kempen ‘The Wave’. Kempen ini membawakan empat siri larian santai sepanjang 5km di sekitar Lembah Klang. Penyertaan dalah percuma dan terbuka kepada semua peringkat umur. Peserta juga berpeluang memenangi hadiah menarik melalui aktiviti dan cabaran yang menarik dan menyeronokkan.

Dua siri telah selesai diadakan, pertama di Bukit Bintang dan kedua di Putrajaya. Ratusan pelari dan peserta telah menerangi bandar dengan lampu terang, muzik dan juga suasana yang menyeronokkan sepanjang larian. Mereka turut dibekalkan dengan sut dan gelang tangan LED neon berwarna ‘magenta’ yang dibuat khas bagi kempen ini, melambangkan warna rasmi Yes 5G.



Watch us fill Bukit Bintang with vibrant lights, music, & fun! 🔥⚡

The Wave—presented by Yes 5G is a community-driven run in collaboration with @bnwrc & @wearekix_ which showcases just how far & wide Yes 5G coverage is throughout Malaysia.#Yes5GTheWave #Yes5GForAll #Yes5G pic.twitter.com/ritNzURcQi

— Yes.5G (@Yes_5G) June 9, 2023

“Di Yes 5G, kami sentiasa proaktif untuk mencipta pengalaman bermakna bersama pelanggan dan komuniti. Kempen ‘The Wave’ bukan sahaja acara yang menyeronokkan, malah ia dapat menggalakkan gaya hidup sihat. Dengan ini, kami juga dapat menyampaikan bahawa Yes 5G kini berada di kawasan anda,” kata Wing K. Lee, Ketua Pegawai Eksekutif YTL Communications.

“Keempat-empat lokasi larian mempunyai liputan Yes 5G yang luas di mana anda boleh menikmati kelajuan dan data Yes 5G tanpa had. Memandangkan liputan 5G semakin berkembang di seluruh Malaysia, kami berharap dapat menyebarkan ‘The Wave’ of 5G yang selaras dengan misi kami untuk menyediakan akses rangkaian internet yang berpatutan dan mampu milik kepada semua rakyat Malaysia,” kata Wing.



Cara menyertai larian The Wave

Kempen larian The Wave akan berlangsung di dua lagi lokasi iaitu Bukit Jalil pada 17 Jun 2023 (Sabtu) dan Taman Tun Dr Ismail (TTDI) pada 1 Julai 2023 (Sabtu), pukul 7 malam sehingga 10 malam. Pendaftaran adalah percuma, tetapi dibuat berdasarkan siapa cepat dia dapat kerana slot disediakan terhad.

Yes tidak mengumumkan bilakah waktu pendaftaran akan dibuka. Jadi, mereka yang berminat untuk turut serta, perlu sentiasa memantau media sosial Yes 5G melalui Facebook, Instagram, Twitter dan TikTok untuk mengetahui bilakah pembukaan pendaftaran akan diumumkan.

Larian komuniti ini disokong oleh pelbagai kelab larian di seluruh Malaysia, seperti Garmin Malaysia, KJ Run Club dan Every Move Sports Club.

Tags: YESyes 5g
Najib

Najib

POPULAR

Yes 5G ajak orang ramai berlari dengan lampu neon untuk menerangi kawasan dengan liputan 5G

Yes 5G ajak orang ramai berlari dengan lampu neon untuk menerangi kawasan dengan liputan 5G

13 June 2023
Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

14 August 2026
Tiket F1 Bahrain GP 2026 di Malaysia rasmi mula dijual, harga dari RM200 untuk rakyat Malaysia

Tiket F1 Bahrain GP 2026 di Malaysia rasmi mula dijual, harga dari RM200 untuk rakyat Malaysia

13 August 2026
Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

10 August 2026
Siri Honor Pad 20 bakal tiba di Malaysia, ini spesifikasi yang dijangka ditawarkan

Siri Honor Pad 20 bakal tiba di Malaysia, ini spesifikasi yang dijangka ditawarkan

11 August 2026
Grab PayLater kini boleh digunakan untuk bayar QR DuitNow, ini cara gunakannya

Grab PayLater kini boleh digunakan untuk bayar QR DuitNow, ini cara gunakannya

14 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN