• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Nothing Phone (1) dijanjikan OS 2.0, tidak lama selepas Phone (2) dilancar

  • OLEH Najib
  • 10:47 am
  • 14/06/2023
  • Komen
Nothing Phone 1 dilancar di Malaysia, ambil tempahan awal di kedai jalanan Bukit Bintang
Share on FacebookShare on Twitter

Dalam kekecohan peminat menyambut kedatangan Nothing Phone (2) yang telah diumumkan tarikh pelancarannya, pengasas dan CEO Nothing, Carl Pei membuat satu lagi pengumuman penting. Ia berkaitan telefon pertama mereka, Nothing Phone (1).

Dalam utusan di twitter peribadinya, Carl Pei menyatakan bahawa sistem operasi baharu Nothing OS 2.0, akan datang kepada pengguna Phone (1) pada akhir bulan Ogos. Kira-kira dua bulan dari sekarang.



Software support is very important to us. Nothing OS 2.0 will be coming to Phone (1) users by the end of August.

— Carl Pei (@getpeid) June 13, 2023

Tahun lepas, Nothing Phone (1) dilancar bersama sistem operasi Nothing OS 1.0 berasaskan Android 12. Ia dikira agak lewat menerima kemaskini Nothing OS 1.5 berasaskan Android 13, iaitu pada bulan Februari 2023. Pada waktu itu Pei menjelaskan, kelewatan ini akibat mereka tidak mahu pengguna mendapat kemaskini yang tidak sempurna dan memastikan ia dilepaskan dengan lancar.

Dengan menyediakan kemaskini OS lebih cepat untuk peranti lama, ia menunjukkan Nothing lebih bersungguh-sungguh untuk menjadi jenama pilihan ramai. Nothing OS 2.0 akan dilancarkan bersama telefon pintar baharu, Nothing Phone (2) pada 11 Julai 2023. Jika benar seperti dikata, Nothing Phone (1) akan mendapat OS terbaharu kira-kira sebulan selepas Nothing OS 2.0 dilancar.



Nothing OS 2.0 dilaporkan dibina semula hampir sepenuhnya, dari segi rupa dan paparan. Muka utama akan memaparkan perkara paling perlu untuk pengguna. Pengguna juga tidak perlu menatal terlalu jauh untuk mendapatkan apa yang mereka perlukan pada telefon.

Telefon kedua Nothing iaitu Phone (2) akan dilancar pada 11 Julai 2023. Ia akan dikuasakan cip Snapdragon 8+ Gen 1, menjanjikan prestasi jauh lebih tinggi berbanding Phone (1). Tetapi adakah harganya juga akan melonjak seperti prestasinya? Kita tunggu pelancarannya tidak lama lagi.

[Sumber: Carl Pei]

Bacaan Berkaitan

  • Tiada Android 13 untuk Nothing Phone (1) tahun ini, supaya pengguna tenang dan aman
  • Akhirnya Nothing Phone (1) terima kemaskini Android 13 secara rasmi
  • Telefon Nothing Phone (2) bakal muncul bulan hadapan bersama sotong kurita?
  • Nothing Phone (2) sah bakal guna cip Snapdragon 8+ Gen 1, dengan harga kekal mampu milik
Tags: NothingNothing OS 2Nothing Phone 1
Najib

Najib

POPULAR

Nothing Phone 1 dilancar di Malaysia, ambil tempahan awal di kedai jalanan Bukit Bintang

Nothing Phone (1) dijanjikan OS 2.0, tidak lama selepas Phone (2) dilancar

14 June 2023
Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

20 February 2026
Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

8 May 2024
Huawei Band 11 & 11 Pro: Skrin lebih cerah & ada GPS terbina, harga bermula RM149

Huawei Band 11 & 11 Pro: Skrin lebih cerah & ada GPS terbina, harga bermula RM149

24 February 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

27 February 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN