• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Plaza tol NPE ada mesin sentuh baru, mula terima pembayaran kad selain Touch n Go?

  • OLEH Najib
  • 11:26 am
  • 14/06/2023
  • Komen
Plaza tol NPE ada mesin sentuh baru, mula terima pembayaran kad selain Touch n Go?
Share on FacebookShare on Twitter

Lebuhraya Baru Pantai (NPE) kelihatan telah mula memasang terminal pembayaran kad di plaza tol mereka sebagai persediaan untuk melancarkan sistem pembayaran terbuka, tidak lama lagi. Ini berdasarkan penemuan yang kami lihat di plaza tol PJS5 menghala ke Petaling Jaya.

Dari gambar di bawah, di laluan khas Touch n Go kelihatan terdapat terminal kad baru dipasang di samping terminal sentuh Touch n Go. Skrin terminal baru ini juga hidup dan menayangkan logo PAX Technology, dipercayai logo pembuat mesin terminal tersebut. PAX Technology merupakan sebuah syarikat yang berpangkalan di Shenzhen, China.



Carian lebih mendalam tentang mesin terminal tersebut di laman web Pax technology, menjurus kepada mesin pembaca kad, PAX IM30. Ia diperkasa pemproses Cortex-A53 1.2Ghz dan RAM LPDDR3 1GB, dan menyokong sehingga RAM 2GB.

Mesin ini menggunakan sistem operasi khas berasaskan Android. Ia dilengkapi skrin sentuh TFT seluas 5-inci, dengan lapisan anti-silau dan tahap kecerahan melebihi 600 nits. Ia datang standard dengan port LAN tetapi boleh dilengkapi sambungan lain seperti 4G, WiFi dan Bluetooth.



Selain pembayaran tanpa sentuh, APX IM30 turut menyokong pembayaran menggunakan cip dan PIN. Ia juga menerima pembayaran leretan magnetik, tetapi cara ini tidak lagi digunakan di Malaysia selepas Bank Negara Malaysia menghentikan pembayaran berasaskan tandatangan pada 1 Julai 2017.

Selain itu, PAX IM30 juga menyokong pembayaran kod QR menerusi kamera 0.3MP di bawah mesin. Ini membuka ruang untuk cara membayar tol lebih luas, melalui aplikasi eWallet dan aplikasi perbankan internet yang menyokong pembayaran kod QR.

Pemasangan terminal kad fizikal di plaza tol sekarang bukan lagi satu kejutan kerana kerajaan mensasarkan untuk memulakan sistem pembayaran terbuka di plaza tol pada September 2023, kira-kira 2.5 bulan dari sekarang. Dalam tempoh ini, pengguna mungkin berhadapan masalah untuk pembayaran tetapi diharapkan konsesi lebuhraya lebih bersedia supaya sistem pembayaran baru ini menjadi lebih lancar.

Dengan penemuan di lebhuraya NPE ini, tidak mustahil ia akan muncul di plaza tol lebuhraya lain dalam masa terdekat. Sebanyak 12 lebuhraya telah bersetuju untuk melaksanakan sistem pembayaran tol terbuka, bermula seawal September 2023 iaitu Jambatan Pulau Pinang, Lebuhraya Butterworth-Kulim, NPE, AKLEH, LDP, DUKE, GUTHRIE, MEX, KESAS, SPRINT, Lebuhraya Sungai Besi dan Terowong Smart.

[Sumber: SoyaCincau]

Bacaan Berkaitan

  • Monopoli Touch n Go di tol akan dihentikan, pengguna diberi pilihan pembayaran digital terbuka
  • Kenapa sistem bayaran terbuka di lebuhraya ambil masa lama untuk dilaksana? Ini jawapan Menteri
  • PLUS tambah satu lagi plaza tol yang akan sokong pembayaran terbuka kad debit/kredit
  • Lebuhraya DUKE yang ke-12 sertai program sistem pembayaran tol terbuka
  • Lebuhraya Sungai Besi jadi lokasi pertama ujian tol bebas palang MLFF
Tags: NPEPlaza TolTouch n Go
Najib

Najib

POPULAR

Plaza tol NPE ada mesin sentuh baru, mula terima pembayaran kad selain Touch n Go?

Plaza tol NPE ada mesin sentuh baru, mula terima pembayaran kad selain Touch n Go?

14 June 2023
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN