• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Ciri strim permainan kini sedang diuji Sony pada PlayStation 5

  • OLEH Hanif Azrai
  • 2:09 pm
  • 15/06/2023
  • Komen
Ciri strim permainan kini sedang diuji Sony pada PlayStation 5
Share on FacebookShare on Twitter

Sony melalui satu utusan di laman rasmi mereka mengumumkan yang mereka sedang menguji sistem penstriman permainan yang katanya akan akan ditawarkan kepada pelanggan PlayStation Plus sedikit masa lagi.

Apabila dilancarkan kelak, pemain boleh strimkan permainan PS5 terpilih untuk dimainkan tanpa perlu memuat turunnya. Lebih menarik, Sony juga akan membenarkan permainan yang sudahpun dimiliki pelanggan untuk dimainkan secara penstriman.



Tidak terhad kepada tajuk-tajuk di PS5, Sony turut akan menyediakan sebilangan tajuk daripada PS4, PS3 dan beberapa tajuk klasik untuk distrimkan.

Buat anda yang ingin merasai teknologi penstriman permainan video sementara menunggu servis daripada Sony ini, anda boleh cuba GeForce Now yang boleh anda langgan pada harga serendah RM25/bulan.



Yes 5G NVIDIA GeForce Now: 5 perkara yang perlu anda tahu

Playstation Plus adalah servis langganan Sony untuk konsol permainan mereka. Struktur langganannya telah dikemas kini tahun lepas yang kini dibahagikan kepada tiga peringkat bermula daripada atas:

  • PlayStation Plus Deluxe
  • PlayStation Plus Extra
  • PlayStation Plus Essential

Pemain sekurang-kurangnya perlu memiliki langganan Essential untuk mengakses ciri berbilang pemain pada permainan mereka.

Sumber: PlayStation

Tags: playstation 5ps5Sonysony playstation 5
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Ciri strim permainan kini sedang diuji Sony pada PlayStation 5

Ciri strim permainan kini sedang diuji Sony pada PlayStation 5

15 June 2023
PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

7 August 2026
Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia: Harga RM6,499, pembeli awal dapat WF-1000XM6 percuma

Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia: Harga RM6,499, pembeli awal dapat WF-1000XM6 percuma

4 August 2026
CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

30 July 2026
Perodua turunkan harga Axia sehingga RM4,700, kini bermula RM33,900

Perodua turunkan harga Axia sehingga RM4,700, kini bermula RM33,900

3 August 2026
Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

7 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN