• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Audi Q8 e-tron: SUV EV dengan jarak kembara sehingga 481km

  • OLEH Hanif Azrai
  • 2:55 pm
  • 16/06/2023
  • Komen
Audi Q8 e-tron: SUV EV dengan jarak kembara sehingga 481km
Share on FacebookShare on Twitter

PHS Automotive Malaysia (PHSAM) selaku pengedar rasmi kenderaan Audi di Malaysia hari ini telah melancarkan barisan kenderaan EV mereka secara rasmi dalam pasaran kita. Sebanyak empat model telah diumumkan dengan sehingga dua variasi untuk model-model tertentu.

Empat model yang telah dilancarkan adalah:



  • Audi RS e-tron GT
  • Audi e-tron GT quattro
  • Audi Q8 e-tron
  • Audi Q8 Sportback e-tron

Buat yang rasakan e-tron GT terlalu besar ataupun inginkan kenderaan jenis SUV, Audi juga ada tawarkannya melalui Audi Q8 e-tron dan Audi Q8 Sportback.

Audi RS e-tron GT: EV Tony Stark kini dijual di Malaysia, harga bermula RM587,990



Spesifikasi Audi Q8 e-tron

Audi Q8 e-tron kelihatan seperti SUV konvensional. Ia ditawarkan dalam dua variasi iaitu Advanced 50 Quattro ataupun S Line 55 Quattro yang lebih premium.

Audi Q8 e-tron advanced 50 quattro diperkasa motor berkembar yang hasilkan kuasa 335hp dengan tirk setinggi 664Nm. Pecutan ke 100km/j daripada pegun mengambil masa 6.0s. Berbekalkan bateri berkapasiti 95kWh, ia dilapor boleh pergi sehingga 410km (WLTP) dan apabila perlu dicas ia menyokong sistem AC dan DC masing-masing pada paras 11kWh dan 150 kWh. Sebanyak 31 minit diperlukan untuk mengisi daripada 10 kepada 80% bateri kenderaan ini.

Audi Q8 e-tron memiliki ruang but yang lebih besar berbanding versi Sportback iaitu 569L berbanding 528L.

Variasi yang lebih premium iaitu Q8 e-tron S line 55 quattro mempunyai motor yang lebih berkuasa. Ia memuntahkan 402hp dengan tork setinggi 664Nm. Pecutan abad kenderaan ini mengambil masa 5.6s, sedikit lebih pantas berbanding versi advanced 50 quattro.

Kapasitinya baterinya juga lebih besar iaitu 114kWh yang diterjemah kepada jarak kembara 481km. Apabila perlu dicas, ia menyokong sistem pengecasan AC dan DC masing-masing pada paras 22kWh dan 170kWh.

Lagi kelebihan S line 55 quattro adalah ia dilengkapi cermin sisi digital yang bermakna lokasi cermin pandang belakang digantikan dengan kamera yang akan memaparkan video pada tetingkap suku masing-masing di sebelah kiri dan kanan pemandu.

Salah satu ciri menarik kereta ini adalah Audi Phone Box. Ia adalah tempat untuk anda letakkan telefon pintar yang turut berfungsi sebagai pengecas wayarles. Satu ciri unik Audi Phone Box adalah ia bersambung dengan antenna kereta yang katanya mampu menambah baik isyarat telco telefon anda.

Spesifikasi Audi Q8 Sportback e-tron

Pengguna yang mengkehendakkan SUV yang lebih sporty, mereka boleh pertimbangkan versi Sportback kepada Audi Q8. Ia juga ditawarkan dalam dua variasi iaitu Advanced 50 Quattro ataupun S Line 55 Quattro yang lebih premium.

Audi Q8 Sportback e-tron advanced 50 quattro dipacu sistem motor berkembar yang hasilkan 335hp dengan tork pada paras 664Nm. Memecut daripada pegun kepada 100km/j di dalam kenderaan ini mengambil masa 6.0s berbekalkan bateri 95kWh yang terkandung di dalamnya.

Berbekalkan bateri penuh, kenderaan ini boleh bergerak sejauh 415km berdasarkan piawaian WLTP. Apabila perlu dicas, ia menyokong sistem AC dan DC masing-masing pada paras 11kWh dan 150 kWh. Sebanyak 31 minit diperlukan untuk mengisi daripada 10 kepada 80% bateri kenderaan ini.

Audi Q8 Sportback e-tron memiliki ruang but yang lebih kecil berbanding versi biasa iaitu 528L berbanding 569L.

Variasi yang lebih premium iaitu Q8 Sportback e-tron S line 55 quattro mempunyai motor yang lebih berkuasa. Ia memuntahkan 402hp dengan tork setinggi 664Nm. Pecutan abad kenderaan ini mengambil masa 5.6s, sedikit lebih pantas berbanding versi advanced 50 quattro.

Kapasitinya baterinya juga lebih besar iaitu 114kWh yang diterjemah kepada jarak kembara 481km. Apabila perlu dicas, ia menyokong sistem pengecasan AC dan DC masing-masing pada paras 22kWh dan 170kWh.

Q8 Sportback S line 55 quattro juga dilengkapi cermin sisi digital yang bermakna lokasi cermin pandang belakang digantikan dengan kamera yang akan memaparkan video pada tetingkap suku masing-masing di sebelah kiri dan kanan pemandu. Ciri Audi Phone Box juga ada untuk kemudahan pemandu.

Harga Audi Q8 e-tron & Audi Q8 Sportback e-tron

Semua Audi e-tron dilindungi jaminan 2 tahun tanpa had perbatuan. Sistem baterinya pula dilindungi jaminan 8 tahun ataupun 160,000km. Disamping itu, pembeli juga akan terima servis bantuan auto selama 5 tahun. Audi juga ada tawarkan Audi Assurance Package (AAP) yang memanjangkan jaminan kepada tambahan 3 tahun.

Berikut adalah senarai harga Audi e-tron yang telah dilancarkan:

  • RS e-tron GT – RM787,990
  • e-tron GT quattro (Dynamic Package) – RM661,990
  • e-tron GT quattro – RM587,990
  • Q8 e-tron Sportback S Line 55 quattro – RM484,990
  • Q8 e-tron Sportback Advance 50 quattro – RM389,990
  • Q8 e-tron S Line 55 quattro – RM474,990
  • Q8 e-tron Advance 50 quattro – RM389,990

Anda boleh baca tentang Audio e-tron GT di pautan ini.

Tags: Audiaudi q8audi q8 e-tronautomotivequdi q8 sportback e-tron
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Audi Q8 e-tron: SUV EV dengan jarak kembara sehingga 481km

Audi Q8 e-tron: SUV EV dengan jarak kembara sehingga 481km

16 June 2023
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER