• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Nama Intel Core-i dihentikan mulai pemproses Meteor Lake

  • OLEH Putra Aziz
  • 3:09 pm
  • 16/06/2023
  • Komen
Nama Intel Core-i dihentikan mulai pemproses Meteor Lake
Share on FacebookShare on Twitter

Intel hari ini telah mempersembahkan cip pemproses generasi terbaru mereka yang dinamakan Meteor Lake. Pelancaran terbaru ini bersama-sama mengubah tradisi struktur penjenamaan untuk model cip mereka, dengan membuang nama ‘i’ setelah 15 tahun menggunakannya.

Intel kini membahagikan penawaran cip mereka dalam dua jenis iaitu Intel Core Ultra, bagi cip pemproses yang lebih berkuasa dan Intel Core bagi cip pemproses lebih mampu milik untuk pengguna biasa. Intel mengatakan strukutur yang diperkenal bertujuan supaya mudahkan pengguna membezakan antara teknologi terbaik mereka dan penawaran untuk arus perdana.



Dengan itu, Intel akan beralih penjenamaan cip pemproses mereka kepada Intel Core 3/5/7/9 berbanding terdahulu Intel Core i3/i5/i7/i9. Sebagai contoh bagaimana nama cip akan terlihat adalah seperti Intel Core 7 atau Intel Core Ultra 7. Walaupun masih dalam kategori 7 sama, model Ultra akan mempunyai prestasi yang lebih laju dan berkuasa.

Setakat ini Intel masih belum berkongsikan sejauh mana jurang perbezaan prestasi antara dua jenis cip tersebut. Tapi Intel mengatakan cip generasi Meteor Lake terbaru ini akan dihasil daripada nod proses Intel 4 yang baharu. Lebih menarik, ia juga akan menampilkan enjin AI khas iaitu Intel AI Boost dan menggunakan teknologi proses pembungkusan cip Feveros yang memberikan efisiensi tenaga dan prestasi grafik yang lebih baik.



Perubahan ini sudah tentu akan merevolusikan penjenamaan ‘i’ yang sudah biasa digunakan oleh kebanyakan pengguna. Pelancaran rasminya walaubagaimanapun masih belum diumumkan oleh Intel. Tapi berdasarkan apa yang diperkatakan atas talian, ia akan dilancarkan di sekitar suku ke 3 atau suku ke 4 2023.

Tags: Intelintel coreIntel Core Ultra
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Nama Intel Core-i dihentikan mulai pemproses Meteor Lake

Nama Intel Core-i dihentikan mulai pemproses Meteor Lake

16 June 2023
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN