• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Asus

ROG Ally dilancar di Malaysia, ada diskaun RM2,000 jika dibeli bersama XG Mobile

  • OLEH Najib
  • 9:31 pm
  • 19/06/2023
  • Komen
Asus ROG Ally: Pesaing Steam Deck dilancar di A.S pada harga bermula USD599

ROG Ally

Share on FacebookShare on Twitter

Konsol permainan mudah alih yang dinanti ramai dah tiba ke Malaysia. Malam ini, Asus Malaysia mengumumkan secara rasminya kedatangan ROG Ally. Ia akan mula dijual bulan Julai dan datang dengan tawaran yang sangat menarik untuk pembeli terawal.

Harga rasmi dan diskaun RM2,000

Hanya ada satu varian ROG Ally akan dijual di Malaysia dan ia adalah jenis yang terbaik iaitu ROG Ally Z1 Extreme. Peranti ini dan aksesori berkaitan diberikan tanda harga rasmi berikut:



  • ROG Ally Z1 Extreme (RAM 16GB + Storan 512GB) – RM3,299
  • ROG Ally Travel Case – RM199
  • ROG Gaming Charger Dock – RM299

Sememangnya, harga ini lebih murah berbanding telefon pintar gaming Asus sendiri iaitu ROG Phone 7 yang berharga RM4,299 jika dikenakan RAM dan storan yang serupa.

Asus akan mula menjual ROG Ally pada hari pelancarannya iaitu 19 Jun 2023 di eStore Asus Malaysia. Tetapi unit yang disediakan sangat terhad dan datang bersama hadiah percuma yang cukup mewah, bernilai RM1,299 iaitu:



  • Fon telinga TWS ROG Cetra Wireless (bernilai RM529)
  • ROG Ally Travel Case (bernilai RM199)
  • Pelindung Skrin ROG Ally (bernilai RM137)
  • Microsoft PC Game Pass selama 9-bulan (bernilai RM135)
  • ROG Gaming Charger Dock (bernilai RM299)
ROG Ally Travel Case
ROG Gaming Charger Dock

Tambah menarik apabila pembeli berpeluang mendapatkan diskaun sebanyak RM2,000, jika membeli kuasa grafik luaran Asus ROG XG Mobile bersama ROG Ally. Harga ROG XG Mobile dalam tawaran pembelian bersama ini adalah:

  • ROG XG MOBILE RTX3080 – GC31S – RM7,999 RM5,999
  • ROGXG MOBILE RX 6850M XT – GC32L – RM6,999 RM4,999

Promosi hari pertama jualan

Jualan rasmi ROG Ally di Malaysia akan bermula pada 1 Julai 2023 di seluruh pengedar sah Asus ROG di Malaysia. Asus juga akan turut membuka jerayawara ROG, bertempat di Plaza Lowyat, Kuala Lumpur pada 1 Julai 2023.

Khas untuk jualan di Plaza Lowyat pada 1 Julai 2023, 100 pembeli ROG Ally pertama di sana akan menerima hadiah percuma bernilai RM1,299 seperti di jualan atas talian tadi. Selain itu, pembeli di sana juga berpeluang memenangi hadiah bernilai sehingga RM6,999 di dalam cabutan bertuah.

Untuk pembelian dari pengedar sah Asus ROG, akan menerima Microsoft PC Game Pass selama 9-bulan (bernilai RM135) secara percuma.

Spesifikasi ROG Ally

ROG Ally menggunakan sistem operasi Windows 11, dengan skrin IPS LCD 7-inci beresolusi HD Penuh dan kadar penyegaran 120Hz. Terdapat dua pembesar suara stereo yang menembak ke hadapan, menyokong teknologi Dolby Atmos.

Ia diperkasa cip khas AMD Ryzen Z1 Extreme, bersama GPU RDNA3 dan dipadankan bersama RAM LPDDR5 16GB serta storan 512GB. Kad mikroSD turut diterima.

Bateri berkapasiti 40Whr dipasang di dalamnya. Pengecasan pula boleh dilakukan menerusi sambungan USB-C dengan kuasa sehingga 65W. Tambah menarik apabila ROG Ally menyokong sambungan ke GPU luar ROG XG Mobile, menjadikannya sebuah komputer berkuasa tinggi untuk memainkan tajuk permainan AAA dengan lancar.

Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Asus ROG Ally.

Bacaan Berkaitan

  • Asus Malaysia dedah harga ROG Ally, lebih murah daripada ROG Phone 7
  • ROG Ally disahkan tiba di Malaysia pada bulan Julai, dengan harga lebih murah dari jangkaan
  • Asus ROG Ally: Pesaing Steam Deck dilancar di A.S pada harga bermula USD599
Tags: asusASUS ROGAsus ROG AllyROG Ally
Najib

Najib

POPULAR

Asus ROG Ally: Pesaing Steam Deck dilancar di A.S pada harga bermula USD599

ROG Ally dilancar di Malaysia, ada diskaun RM2,000 jika dibeli bersama XG Mobile

19 June 2023
PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

7 August 2026
Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

7 August 2026
Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

14 August 2026
Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

10 August 2026
Tiket F1 Bahrain GP 2026 di Malaysia rasmi mula dijual, harga dari RM200 untuk rakyat Malaysia

Tiket F1 Bahrain GP 2026 di Malaysia rasmi mula dijual, harga dari RM200 untuk rakyat Malaysia

13 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN