• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Asus

Asus ROG Ally: Pesaing Steam Deck dilancar di A.S pada harga bermula USD599

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:31 am
  • 12/05/2023
  • Komen
Asus ROG Ally: Pesaing Steam Deck dilancar di A.S pada harga bermula USD599

ROG Ally

Share on FacebookShare on Twitter

Bermula dengan teaser pada 1 April 2023, kini Asus ROG Ally diumumkan secara rasmi dalam pasaran A.S beserta harganya sekali. Pesaing Steam Deck itu ditawarkan dalam dua variasi dengan yang pertama berharga USD599 iaitu model yang diperkasa cip AMD Ryzen Z1. Versi kedua yang paling berkuasa adalah yang diperkasa AMD Ryzen Z1 Extreme boleh didapati pada harga USD699.

Komputer bersaiz tapak tangan ini mengguna pakai rekaan seperti Nintendo Switch dan Steam Deck. Asus memasang perisian Armoury Crate SE yang boleh anda gunakan untuk melakukan penyuntingan pada tetapan Ally untuk menambah baik prestasi.



Daripada depan, ROG Ally dilengkapi panel paparan 7” daripada jenis IPS LCD beresolusi FHD. Ia mampu mencapai tahap segar semula sehingga 120Hz. Skrin ini dilindungi kaca Corning Gorilla Glass Victus. Beratnya ROG Ally adalah sekitar 608g, lebih ringan daripada Steam Deck yang menghampiri 700g.

Sebagai sebuah produk gaming, anda boleh temukan butang-butang kawalan standard yang boleh anda dapati pada konsol lain. Ia menggunakan susunan butang Xbox iaitu ABXY. Ada empat butang bahu boleh anda manfaatkan disamping dua butang tambahan di belakang badan.



Sebenarnya, ROG Ally lebih versatil berbanding pesaing lain adalah kerana menjalankan sistem operasi Windows 11 sejurus keluar kotak. Bukan sahaja anda boleh bermain games menggunakannya, anda juga boleh lakukan kerja-kerja pejabat melaluinya. Steam Deck menjalankan SteamOS secara default tapi anda masih boleh memasang Windows untuk yang tahu-tahu dan berani menanggung risiko.

Segala macam aksesori boleh anda tambat pada ROG Ally daripada set papan kekunci dan tetikus sehinggalah kepada paparan sekunder sekiranya anda perlukan ruang kerja yang lebih luas. ROG Ally menyokong capaian Bluetooth 5.2 dan juga Wi-Fi 6E. Anda juga boleh temui jek audio 3.5mm, USB-C, slot mikro-SD, dan sambungan proprietari ROG XG Mobile.

Di atas papan utama, ROG Ally diperkasa cip hasilan khas AMD Ryzen Z1 ataupun Ryzen Z1 Extreme, bergantung kepada varian yang anda dapatkan. Cip kali ini dibangun berasaskan seni bina Zen 4 dan GPU berasaskan senibina RDNA 3. Kedua-duanya adalah yang terbaik dalam industri setakat ini.

Beza antara Z1 dengan Z1 Extreme adalah Z1 mengandungi 6 teras CPU dengan 12 bebenang pemproses manakala versi Extreme memiliki 8 teras CPU dengan 16 bebenang pemproses. Teras GPU RDNA3 pada versi Extreme juga lebih banyak bilangannya iaitu 12 unit berbanding 4 unit.

Walaupun ROG Ally adalah sebuah konsol tangan yang cukup berkuasa, ia sebenarnya boleh jadi lebih berkuasa. Melalui sambungan ROG XG Mobile, anda boleh gunakan aksesori eGPU untuk menambat GPU sehingga RTX4090 yang akan membuatkannya berupaya memainkan apa saja permainan pada tetapan paling tinggi.

Begitulah ceritanya tentang ROG Ally. Konsol ini khabarnya akan tiba di Malaysia tapi tarikhnya masih belum diumumkan. Teruskan ikuti SoyaCincau BM untuk perkembangan terbaharu ROG Ally.

Bacaan Berkaitan

  • Konsol Asus ROG Ally adalah produk sebenar, menawarkan prestasi lebih baik berbanding Steam Deck
  • Harga ROG Ally tertiris, menyaingi harga Steamdeck walaupun lebih berkuasa
  • ROG Phone 7 dan Phone 7 Ultimate: Maklumat penjualannya di Malaysia
Tags: asusASUS ROGAsus ROG Allygameskonsolpermainan
Hanif Azrai

Hanif Azrai

POPULAR

Hanya tablet yang boleh berhubung terus dengan telefon layak digelar tablet terbaik

Cara kerja moden lebih maju menggunakan tablet generasi baru

15 September 2023
Guna cara moden ini untuk dapatkan tidur berkualiti dan gaya hidup sihat

Guna cara moden ini untuk dapatkan tidur berkualiti dan gaya hidup sihat

15 September 2023
Xiaomi 13T, telefon termurah dengan kamera Leica & kalis air IP68

Xiaomi 13T Pro tiada lagi Snapdragon, telefon 1TB pertama Xiaomi dan dijamin kemaskini 5 tahun

26 September 2023
Asus ROG Ally: Pesaing Steam Deck dilancar di A.S pada harga bermula USD599

Asus ROG Ally: Pesaing Steam Deck dilancar di A.S pada harga bermula USD599

12 Mei 2023
Realme C51 akan dilancar, telefon RM500 dengan ciri terhebat iPhone 15?

Realme C51 akan dilancar, telefon RM500 dengan ciri terhebat iPhone 15?

26 September 2023
Xiaomi 13T, telefon termurah dengan kamera Leica & kalis air IP68

Xiaomi 13T & Xiaomi 13T Pro: Harga Malaysia kini lebih murah, ada storan 1TB dan jaminan 2 tahun

26 September 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER