• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Adakah anda perlukan kabel USB-C yang lutsinar seperti Nothing ini?

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:40 am
  • 20/06/2023
  • Komen
Adakah anda perlukan kabel USB-C yang lutsinar seperti Nothing ini?
Share on FacebookShare on Twitter

Carl Pei selaku pengasas kepada jenama Nothing telah mengutuskan gambar kabel USB-C yang unik rekaannya. Anda boleh nampak kepala USB-C yang lutsinar yang sememangnya menjadi ruji kepada jenama itu untuk semua produk-produk yang dilancarkan.

Sumber

Kabel lutsinar untuk aksesori komputer bukanlah baharu, ia telahpun wujud sejak berzaman lagi. Mungkin untuk USB-C ia kelihatan seperti inovasi baru kerana selama ini banyak kabel USB-C yang pengeluar telefon sertakan dalam kotak adalah berwarna putih. Kalau anda cari di pasaran aksesori pihak ketiga, jenama seperti Mcdodo ada tawarkan kabel berkepala lutsinar.



Sumber

Malangnya gambar itu diutuskan tanpa sebarang kapsyen. Tentu sekali pengguna ingin mengetahui sama ada kabel ini akan disertakan bersama-sama Nothing Phone (2) yang katanya akan dilancarkan pada 11 Julai 2023 kelak. Maklumat terakhir Nothing kongsikan kepada kita adalah imej kriptik lampu glif dengan dua sesungut sotong.

Ada pengguna memberikan teori yang ia ada kena mengena dengan 8 teras pengkomputeran yang memperkasa cip Snapdragon 8+ Gen 1 yang akan menjadi tunjang kepada Nothing Phone (2) kelak. Tambahan pula, Nothing selama ini sering mengaitkan produk mereka dengan serangga dan haiwan. Ear (1) adalah ladybug dan Phone (2) burung kakak tua. Ear Stick pula rama-rama dan Ear (2) adalah kumbang. Nampaknya sotong kurita akan menjadi model bagi Phone (2).



Bacaan berkaitan

Nothing Phone (1) dijanjikan OS 2.0, tidak lama selepas Phone (2) dilancar

Telefon Nothing Phone (2) bakal muncul bulan hadapan bersama sotong kurita?

Nothing Phone (2) sah bakal guna cip Snapdragon 8+ Gen 1, dengan harga kekal mampu milik

Tags: Nothingnothing phone 2
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Adakah anda perlukan kabel USB-C yang lutsinar seperti Nothing ini?

Adakah anda perlukan kabel USB-C yang lutsinar seperti Nothing ini?

20 June 2023
Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

5 March 2026
Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

2 March 2026
MacBook Neo: Laptop “Rahmah” Apple dengan cip A18 Pro dan bateri hingga 16 jam

MacBook Neo: Laptop “Rahmah” Apple dengan cip A18 Pro dan bateri hingga 16 jam

5 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

2 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN