• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Bayar guna kad debit/kredit di tol tak selaju macam Touch n Go, tapi ada kelebihannya

  • OLEH Putra Aziz
  • 6:25 pm
  • 21/06/2023
  • Komen
Touch n Go dan EZ-link bergabung cipta kad Combi dua matawang
Share on FacebookShare on Twitter

Bermula September ini, Malaysia akan melaksanakan sistem pembayaran terbuka di beberapa tol lebuh raya di Malaysia. Perkara ini diumumkan oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexender Nanta Linggi yang memaklumkan sebanyak 12 lebuh raya utama akan terlibat.

Ini bermakna pengguna boleh membuat pembayaran di tol menggunakan kad kredit/debit sedia ada. Ia adalah usaha kerajaan untuk membasmi monopoli Touch n Go yang dikatakan tidak membawa perubahan yang baik setelah lebih dua dekad memonopoli sektor itu.



Walau bagaimanapun, timbul kebimbangan mengenai pembayaran menggunakan kad kredit/debit dikatakan sedikit perlahan dan mengambil masa lama untuk memproses pembayaran. Jadi adakah ini bermaksud pembayaran menggunakan kad TNG lebih laju? Secara teknikalnya memang benar, sebab pembayaran kad kredit/debit ada banyak proses yang perlu dilalui.

Bagaimana terminal kad berfungsi?

Sebelum itu, kita kena faham dulu bagaimana terminal kad berfungsi. Apabila kad bank di sentuh pada terminal pembayaran, ia akan menjana kod kriptografi unik untuk mulakan transaksi. Kemudian terminal tersebut akan menghantar data kad ke rangkaian pemprosesan kad seperti Mastercard, VISA atau American Express. Setelah itu, barulah permintaan akan diteruskan kepada pengeluar kad iaitu bank, di mana mereka akan menyemak baki anda sebelum mengesahkan transaksi.



Sumber: CardFellow.com

Oleh disebabkan itulah pembayaran kad kredit/debit ini mengambil masa yang lama sedikit untuk disahkan. Tapi, kalau lama pun dalam 3-5 saat saja.

Kad TnG lagi cepat, tapi susah tambah nilai

Jadi, memang tidak dinafikan kad TnG lebih laju sebab pengesahannya segera. Meskipun begitu, penggunaan kad kredit/debit di tol mungkin lebih lancar, sebab ia boleh tangani masalah utama kad TnG iaitu tambah nilai.

Kesesakan di tol kebanyakannya disebabkan oleh orang yang tidak mempunyai baki mencukupi, baru nak tambah nilai di tol dan nak berhenti tambah nilai dekat kiosk layan diri. Menjadikan jauh lagi lambat. Walaupun ada kad TnG NFC yang baru, anda masih perlu tambah nilai di telefon untuk gunakannya. Kalau ingin menggunakan PayDirect, tidak tersedia di semua tol pula.

Namun begitu, pengenalan kad TnG NFC terbaru sememangnya sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban pengguna untuk menambah nilai kad. Tempat untuk tambah nilai pun luas, boleh dikatakan ada di mana-mana. Cuma kurang seronok ada tempat tertentu yang mengenakan caj. Kad TnG NFC pun masih memerlukan pengguna untuk tambah nilai secara manual dan tidak boleh diisi nilai secara auto. Jadi sebab itulah TnG memperkenalkan kad Visa TnG yang bersambung terus dengan Touch n Go eWallet.

Kalau pembayaran menggunakan kad kredit/debit, tidak susah untuk menambah nilai kad, sebab boleh guna sahaja baki kad kredit atau yang ada dalam akaun bank. Melainkan anda tak ada duit dalam akaun bank. Lagi menarik, misal kata anda tertinggal kad, anda boleh membuat pembayaran tol menggunakan telefon atau jam pintar menerusi Apple pay, Samsung pay atau Google pay. Senang kan?

Jadi, walaupun kad kredit mengambil masa yang lama sikit untuk di sahkan, ia boleh selesaikan masalah utama kad TnG iaitu tambah nilai. Anda masih nak guna Touch n Go ke?

Tags: kad debitKad kreditSistem tol terbukaTouch n Go
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Touch n Go dan EZ-link bergabung cipta kad Combi dua matawang

Bayar guna kad debit/kredit di tol tak selaju macam Touch n Go, tapi ada kelebihannya

21 June 2023
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026
Siri Vivo X500 rasmi diumumkan, berkuasa Dimensity 9600 Pro, skrin 144Hz, telefoto ZEISS 200MP

Siri Vivo X500 rasmi diumumkan, berkuasa Dimensity 9600 Pro, skrin 144Hz, telefoto ZEISS 200MP

21 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN