• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

eBeliaRahmah: MOF jawab kenapa GrabPay, ShopeePay dan BigPay tidak dipilih untuk pemberian eWallet RM200

  • OLEH Najib
  • 5:43 pm
  • 22/06/2023
  • Komen
eBeliaRahmah: MOF jawab kenapa GrabPay, ShopeePay dan BigPay tidak dipilih untuk pemberian eWallet RM200
Share on FacebookShare on Twitter

Kementerian Kewangan (MOF) telah mengumumkan bahawa belia dan pelajar IPT sepenuh masa boleh mendaftar untuk menerima RM200 kredit eBeliaRahmah mulai hari Isnin, 26 Jun 2023. Tetapi hanya tiga penyedia eWallet terpilih untuk program kali ini iaitu Boost, Setel dan Touch n Go eWallet.

Seperti anda, kami juga tertanya-tanya mengapa eWallet lain yang terpilih tahun lepas iaitu GrabPay, ShopeePay dan BigPay, tidak lagi terlibat dalam inisiatif terbaru. Perkara ini ada dijelaskan oleh MOF di ruangan soalan lazim (FAQ).



sumber

Menurut FAQ tersebut, kerajaan telah menjemput sebanyak 10 penyedia perkhidmatan eWallet, berdasarkan berdasarkan volum transaksi dan pengguna aktif untuk bekerjasama dalam program ini dengan garis panduan serta terma dan syarat program yang telah ditentukan oleh MOF. Ini termasuk kemampuan memenuhi syarat teknikal program, perkongsian kos serta insentif e-tunai tambahan yang akan ditawarkan untuk dipadankan dengan kredit eBeliaRahmah yang diberikan oleh Kerajaan.

Setelah melalui proses perbincangan dan penilaian, 3 penyedia perkhidmatan eWallet iaitu Boost, Setel dan Touch n Go eWallet telah memberi komitmen penyertaan dalam program ini. Ketiga-tiga syarikat ini secara keseluruhan mempunyai lebih 10 juta pengguna dan mempunyai jaringan lebih 2 juta peniaga di dalam dan di luar talian. Jaringan yang kukuh dan luas ini membolehkan program ini dilaksanakan secara menyeluruh di seluruh negara.



Ringkasnya, kerajaan telah menjemput 10 penyedia perkhidmatan eWallet, tetapi hanya 3 penyedia yang memberikan komitmen dan menepati syarat yang ditetapkan.

eBeliaRahmah merupakan inisiatif kerajaan untuk menggalakkan perbelanjaan secara tanpa tunai selain meringankan beban kewangan belia. Sebanyak RM200 kredit e-Tunai diberikan kepada belia warganegara Malaysia berusia 18-20 tahun, serta pelajar sepenuh masa yang berdaftar dengan IPT tempatan.

Mereka yang layak boleh mula memohon kredit tersebut menerusi salah satu platform, mulai 26 Jun sehingga 22 Ogos 2023. Kredit RM200 akan disalurkan selepas 3 hari permohoonan dibuat dan mesti digunakan selewatnya pada 31 Ogos 2023.

Menuruft MOF lagi, kredit ini hanya boleh digunakan untuk transaksi fizikal dan tidak boleh digunakan untuk pembayarann bil dalam aplikasi, beli-belah atas talian, tempat meletak kereta dan di plaza tol. Kredit RM200 ini juga tidak boleh dipindahkan kepada pengguna eWallet lain. Ia boleh digunakan secara meluas untuk membayar peniaga/pekedai yang memaparkan kod QR DuitNow seperti gambar di atas.

Ketahui lebih lanjut tentang eBeliaRahmah di sini.

[Sumber: MOF]

Bacaan Berkaitan

  • eBeliaRahmah: Tiga eWallet terpilih untuk pemberian RM200, penggunaan lebih terhad
  • e-Tunai Belia Rahmah, sebanyak RM200 dijangka diberi kepada pelajar minggu ini
  • Sumbangan Tunai Belia Rahmah RM200 diperluas kepada seluruh mahasiswa tanpa mengira usia
  • Belanjawan 2023: ePemula RM200 dijenamakan semula ke e-Tunai Belia Rahmah
  • ePemula RM150: Belia boleh tebus melalui empat eWallet ini
  • ePemula RM150: Tawaran ShopeePay paling meriah, GrabPay okay-okay, BigPay dan TnG eWallet suam-suam
Tags: bigpayeBeliaRahmahGrabPayKementerian KewanganMOFShopeePay
Najib

Najib

POPULAR

eBeliaRahmah: MOF jawab kenapa GrabPay, ShopeePay dan BigPay tidak dipilih untuk pemberian eWallet RM200

eBeliaRahmah: MOF jawab kenapa GrabPay, ShopeePay dan BigPay tidak dipilih untuk pemberian eWallet RM200

22 June 2023
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020
Oppo Find N6 Malaysia: Skrin hampir tanpa kesan lipat, kamera Hasselblad 200MP, harga RM8,699

Oppo Find N6 Malaysia: Skrin hampir tanpa kesan lipat, kamera Hasselblad 200MP, harga RM8,699

18 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN