• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Huawei Watch Ultimate perluas pilihan warna, harga tetap sama, tempahan bermula sekarang.

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:46 am
  • 22/06/2023
  • Komen
Huawei Watch Ultimate perluas pilihan warna, harga tetap sama, tempahan bermula sekarang.
Share on FacebookShare on Twitter

Huawei telahpun membuka sesi tempahan awal untuk memiliki Huawei Watch Ultimate berwarna hitam. Ini adalah warna kedua selepas Voyage Blue yang dilancarkan pada 11 Mei 2023 tempoh hari. Huawei Watch Ultimate adalah jam tangan paling premium dalam kalangan penawaran jam tangan daripada pengeluar itu. Jadi, anda boleh jangkakan spesifikasi flagship yang terkandung di dalamnya.

Tapi sebelum itu, tempahan awal Huawei Watch Ultimate hitam berlangsung sehingga 24 Jun 2023 sedangkan variasi yang berwarna perak/biru sudahpun boleh didapatkan sejak 11 Mei yang lalu. Harga masih kekal pada RM3,299 dengan kemudahan bayaran ansurans RM274.92 selama 12 bulan disediakan.



Huawei Watch Ultimate diposisikan sebagia sebuah jam tangan tahan lasak. Ia adalah jam tangan pertama dunia yang memiliki badan yang ditempa daripada cecair besi berasaskan zirkonium. Ia dikatakan 3.5x lebih kuat, 2.5x lebih keras, dan 17.4x lebih ringan berbanding keluli tahan karat (stainless steel). Muka jam ini memiliki diameter 1.5” menggunakan panel LTPO AMOLED dengan kepadatan piksel setinggi 311 PPI. Panel paparannya dilindungi nilam untuk keselamatan.

Tidak seperti versi Voyage Blue yang gunakan gelang tangan besi, Expedition Black menggunakan tali jam berasaskan getah.



Seperti Apple Watch Ultra, Huawei Watch Ultimate juga mendukung piawaian EN 13319. Walau bagaimanapun, produk Huawei ini boleh dibawa selam 100m sedangkan Apple Watch Ultra setakat 40m. Disebabkan kedua-duanya tidak memiliki piawaian ISO 6425, ia tidak boleh dipanggil sebuah jam tangan penyelam.

Antara ciri-ciri berkaitan selaman yang ada adalah seperti free-diving dan juga selam skuba teknikal. Semua data-data dicerap menggunakan sensor-sensor yang bertebaran sekitar jam beserta algoritma menyelam bertaraf “professional”.

Butang fizikal tetap hadir pada sisi badan Huawei Watch Ultimate. Ia bagi mengekalkan kebolehgunaan jam apabila skrin sesentuh tidak boleh digunakan untuk memberi input pada jam tangan sewaktu berada di dalam air.

Satu perkara menarik tentang Huawei Watch Ultimate adalah hayat baterinya diiklankan sebagai 14 hari lamanya ataupun 8 hari di bawah penggunaan berat.

Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Tags: Huaweihuawei watch ultimate
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Huawei Watch Ultimate perluas pilihan warna, harga tetap sama, tempahan bermula sekarang.

Huawei Watch Ultimate perluas pilihan warna, harga tetap sama, tempahan bermula sekarang.

22 June 2023
Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

25 August 2026
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

24 August 2026
Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

22 August 2026
Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

27 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN